
اسماعيل صبري: تياد ايليمن رسواه دالم كيس رين هارون
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Rina Harun mendapati tiada sebarang elemen rasuah membabitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan terhadap kes penyelesaian hutang beliau juga sudah selesai.
Siasatan SPRM sebelum ini berkait keupayaan Rina melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat filem di Paris sebanyak kira-kira RM1.3 juta untuk mengelakkan dirinya diisytihar muflis.
Dilaporkan seorang peguam yang mewakili Sarl Novovision, sebuah syarikat produksi filem dan televisyen di Paris, memaklumkan menteri itu melunaskan hutangnya pada Februari lalu.
KUALA LUMPUR : Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Rina Harun mendapati tiada sebarang elemen rasuah membabitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan terhadap kes penyelesaian hutang beliau juga sudah selesai.
“Siasatan berkenaan dengan kes yang dinyatakan oleh Yang Berhormat telah selesai. Hasil siasatan mendapati tiada sebarang elemen rasuah yang dapat dibuktikan,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Hannah Yeoh Tseow Suan (PH-Segambut) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan SPRM terhadap Rina berkaitan kes penyelesaian hutang beliau terutamanya mengenai sumber wang itu dan perbandingan deklarasi aset yang dibuat olehnya sebelum ini.
Siasatan SPRM sebelum ini berkait keupayaan Rina melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat filem di Paris sebanyak kira-kira RM1.3 juta untuk mengelakkan dirinya diisytihar muflis.
Dilaporkan seorang peguam yang mewakili Sarl Novovision, sebuah syarikat produksi filem dan televisyen di Paris, memaklumkan menteri itu melunaskan hutangnya pada Februari lalu.
Sumber:
WAJIB BACA:
MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI
