
“Mungkin juga Ismail dan Zahid sedang bersandiwara, memandangkan Zahid dan Ahmad Maslan masih gagal mengumumkan keputusan peribadi masing-masing berhubung sokongan mereka terhadap Muhyiddin”
Raggie Jessy Rithaudeen
اسماعيل صبري، زاهيد، نجيب برسنديوارا؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mendakwa, majoriti ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO tidak bersetuju dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik sokongan UMNO terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, semua ahli-ahli MKT yang hadir berpendapat bahawa permasalahan rakyat perlu diselesaikan dahulu sebelum mempertimbangkan isu politik.
Anehnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang turut merupakan ahli MKT, menandatangani kenyataan rasmi UMNO berhubung keputusan MKT untuk menarik sokongan UMNO terhadap Muhyiddin.
Apakah Ahmad Maslan menipu?
Kenapakah Ismail hanya membuat pendedahan hari ini sedangkan mesyuarat MKT diadakan Rabu lalu?
Seharusnya, perkara ini perlu dibincangkan oleh Ismail dengan Zahid atau ahli-ahli MKT UMNO dan bukannya di media arus perdana.
Ini kerana apa yang berlaku dalam mesyuarat MKT bukan masalah rakyat, dan rakyat hanya perlu memberi tumpuan dan berpaut kepada apa yang diumumkan oleh MKT dan kepimpinan UMNO, tidak lebih dari itu.
Tindakan Ismail membuat pendedahan sebegini di media arus perdana mencadangkan ada keretakan serius dalam kepimpinan tertinggi UMNO.
Mungkin juga Ismail dan Zahid sedang bersandiwara, memandangkan Zahid dan Ahmad Maslan masih gagal mengumumkan keputusan peribadi masing-masing berhubung sokongan mereka terhadap Muhyiddin.
Malah, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri belum membuat sebarang pengumuman rasmi secara peribadi biarpun Najib bersekutu dengan Zahid dan sependapat bahawa UMNO perlu menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
WAJIB BACA:
Penipuan demi penipuan oleh anggota MKT, kali ini oleh Puad Zakarshi
