Istana didakwa utus surat kepada Speaker mahu tahu jumlah sokongan Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong ingin mendapatkan kepastian jumlah sokongan kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

ايستان ددعوا اوتوس سورت كڤد سڤيكر ماهو تاهو جومله سوكوڠن محي الدين

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Istana Negara didakwa memohon pengesahan speaker Dewan Rakyat berhubung jumlah sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan surat yang tular, Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara mengutuskan surat kepada Speaker, Azhar Harun pada 9 Ogos.

Istana berkata, Azhar melalui surat pada 3 Ogos memberitahu kedudukan semasa sokongan kepada Muhyiddin adalah 106 orang.

Bagaimanapun, kata istana, pada 4 dan 6 Ogos, dua anggota jemaah menteri meletakkan jawatan, menjadikan jumlah sokongan berkurangan dua orang.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan kesahihan warkah berkenaan kepada Malaysiakini.

Melalui warkah itu, Yang di-Pertuan Agong ingin mendapatkan kepastian jumlah sokongan kerajaan.

Istana berkata, Azhar melalui surat pada 3 Ogos memberitahu kedudukan semasa sokongan kepada Muhyiddin adalah 106 orang.

BACA JUGA: AGONG BERI PETUNJUK MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN

Bagaimanapun, kata istana, pada 4 dan 6 Ogos, dua anggota jemaah menteri meletakkan jawatan, menjadikan jumlah sokongan berkurangan dua orang.

“Pihak Istana Negara juga mendapat makluman bahawa empat ahli Dewan Negara telah menukar pendirian dan telah menyokong YAB perdana menteri.

“Walaubagaimanapun sehingga kini tiada laporan rasmi daripada YB Datuk berkaitan perkara tersebut.

“Sehubungan  dengan itu pihak Istana Negara memohon laporan terkini mengenai bilangan ahli Dewan Rakyat yang menyokong YAB perdana menteri untuk disembuh maklum kepada KDYMM Yang di-Pertuan bagi apa-apa perkenan selanjutnya,” kata surat berkenaan.

Loading...

Surat terbabit ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.

Azhar diminta menjawab surat itu sebelum jam dua petang pada 10 Ogos – dua hari lepas.

Sumber:

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...