Istana Iskandariah diceroboh lelaki bersenjatakan pisau

Empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan, kerana melakukan bencana pada pagar istana serta pencerobohan istana di samping Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. Sumber (gambar): Travel Notes

ايستان إسكندرايه دچروبوه للاكي برسنجاتكن ڤيساو

Polis menahan seorang lelaki selepas dia bertindak merempuh pagar utama Istana Iskandariah di sini dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi, hari ini.

Pada kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori simen turut mengacukan pistol mainan ke arah polis yang cuba menahannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Razali berkata, ujian psikiatri terhadap suspek yang berasal dari Gerik itu masih belum dijalankan namun polis tidak menolak kemungkinan ia disebabkan pengaruh dadah.


KANGAR: Polis menahan seorang lelaki selepas dia bertindak merempuh pagar utama Istana Iskandariah di sini dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi, hari ini.

Pada kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori simen turut mengacukan pistol mainan ke arah polis yang cuba menahannya.




Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, suspek pada mulanya meminta kebenaran memasuki istana kononnya mahu bertemu dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, namun tidak dibenarkan.

“Kemudian dia tiba-tiba masuk gear dan bawa kereta dengan laju lalu merempuh pintu istana menyebabkan mangga tercabut.

“Dia terus memandu kereta terus masuk ke dalam istana dan anggota kita terus mengejarnya dengan motosikal.

“Dia kemudiannya mengeluarkan pistol dan mengacu kepada anggota kita, menyebabkan berlaku pergelutan dan akhirnya kita dapat menangkapnya,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada Isnin.

Menurutnya, ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Razali berkata, ujian psikiatri terhadap suspek yang berasal dari Gerik itu masih belum dijalankan namun polis tidak menolak kemungkinan ia disebabkan pengaruh dadah.

Loading...

Empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan, kerana melakukan bencana pada pagar istana serta pencerobohan istana di samping Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...