
Khairuddin Abu Hassan
ايستان نڬارا، ڤڬوام نڬارا هاروس سهكن سامادا تاكييوددين برچاكڤ بنر اتاو تيڤو
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Menteri Undang-Undang telah membuat kenyataan yang amat penting mengenai pemansuhan atau pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat semalam.
Ordinan Darurat telah dibatalkan oleh kerajaan ‘tebuk atap’ PN pada 21 Julai 2021 tanpa sesiapapun mengetahui mengenainya.
Yang paling penting pembatalan enam Ordinan Induk Darurat 2021 ini tidak pasti samada telah dipersembahkan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong seterusnya mendapat perkenan dari DYMM Tuanku Agong?
Isu yang diperkatakan oleh takiyuddin hassan cukup berat dan meninggalkan pelbagai kesan mahupun implikasi kepada undang-undang serta perlembagaan negara.
Keseluruhan rakyat amat keliru dan ‘terpinga-pinga’ dengan kenyataan Menteri Undang-Undang pada hari pertama Persidangan Khas Parlimen.
BACA JUGA: WAN SAIFUL USAH JADI BALACI MUHYIDDIN
Apakah status segala bentuk penghukuman undang-undang yang dikenakan kepada rakyat jelata di bawah Ordinan Darurat masih diterima pakai atau tergugur dari segi undang-undang selepas 21 Julai 2021?
Peguam Negara tidak harus berdiam diri dan mesti beri pencerahan terhadap isu ini demi kepentingan keseluruhan rakyat Malaysia.
Peguam Negara juga mesti bersikap adil dan bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat kearah memelihara undang-undang negara.
Beliau mesti memayungi undang-undang negara berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Malahan, pejabat Istana Negara juga mesti mengeluarkan kenyataan untuk mensahihkan samada apa yang diperkatakan oleh Menteri Undang-Undang sudah dipersembahkan serta berada di bawah pengetahuan KDYMM Yang di-Pertuan Agung sebelum ini.
Ini amat penting untuk mengelakkan sebarang persepsi negatif di kalangan rakyat jelata terhadap institusi DiRaja seolah-olah kelihatan bersekongkol dengan amalan buruk kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Kerajaan ‘tebuk atap’ PN tidak boleh mendahului perkenan KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan jangan sama sekali mencemarkan imej institusi DiRaja.
Sebab itulah kedua institusi ini yakni pejabat Istana Negara dan pejabat Peguam Negara kena memberi pencerahan mengenai isu pembatalan enam Ordinan Induk Darurat 2021.
Rakyat marhaen sedang berada dalam kegelapan dan memerlukan pencerahan secara kadar segera.
Tindakan undang-undang harus diambil oleh keseluruhan rakyat seandainya kerajaan ‘tebuk atap’ PN tidak mematuhi peraturan undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jangan sesiapapun mempersendakan undang-undang, memperalatkan dan mencemarkan Institusi DiRaja semata-mata bagi menjaminkan survival kuasa politik kalangan yang tidak mempunyai keabsahan untuk terus berkuasa!!
Apapun kita sudah dapat melihat secara amat jelas bahawasanya pemimpin-pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN sudah berada dalam keadaan ‘panic mode’ kini.
Dalam masa yang sama rakyat Malaysia merafak sembah kepada KDYMM Tuanku Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk bertindak tegas bagi menyelamatkan kemelut pandemik Covid-19, ketidak-stabilan politik, keruntuhan ekonomi serta kecelaruan sosial yang boleh meranapkan keseluruhan institusi negara kita.
Selamatkan Malaysia sebelum ‘nasi jadi bubur.’
WAJIB BACA:
Wan Saiful usah jadi balaci Muhyiddin, tiru cadangan Tun pun jadi dalca
