Isteri pemimpin ARMADA PPBM didakwa edar 1.58kg kanabis, berdepan hukuman mati

Tiada pengakuan direkodkan daripada Lyiana selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Anua kerana kes membabitkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Sumber (gambar): Fail TTF

استري ڤميمڤين ارماد ڤڤبم ددعوا ايدر 1.58قڬ كانابيس، بردڤن حكومن ماتي

Isteri seorang pemimpin dari ARMADA PPBM hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di rumahnya.

Lyiana Roslee, 34 didakwa mengedar dadah jenis Kanabis anggaran berat 1,580.4 gram (1.58 kilogram) dan mengedar cecair jenis dadah sama berisi padu 7.87 liter di sebuah rumah di Ampang pada 7.30 malam, 20hb Januari lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16hb Februari depan untuk sebutan semula kes. Tertuduh ditahan di Penjara Kajang.


PETALING JAYA: Isteri seorang ahli politik dari ARMADA PPBM hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di rumahnya.

Menurut FMT, Lyiana Roslee, 34 didakwa mengedar dadah jenis Kanabis anggaran berat 1,580.4 gram (1.58 kilogram) dan mengedar cecair jenis dadah sama berisi padu 7.87 liter di sebuah rumah di Ampang pada 7.30 malam, 20hb Januari lalu.




Bernama pula melaporkan tiada pengakuan direkodkan daripada Lyiana selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Anua kerana kes membabitkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh bersama dengan seorang lagi yang masih belum dituduh, didakwa menanam sembilan pokok disyaki pokok kanabis di tempat, tarikh dan masa sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(A)(3) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nur Mustanir Md Nor.

Mahkamah menetapkan 16hb Februari depan untuk sebutan semula kes. Tertuduh ditahan di Penjara Kajang.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...