
“Muhyiddin lupa, bahawa apabila beliau “menerima cadangan Mohd Zuki,” beliau sebenarnya telah memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap cadangan itu apabila “memperakukannya” kepada Yang Di-Pertuan Agong”
Raggie Jessy Rithaudeen
ايسو عزم باكي: محي الدين، اسماعيل صبري، ڤڬوام نڬارا كيني سام-سام برتڠڬوڠجواب
Amat jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba melepaskan tangannya daripada isu pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dua hari lalu, Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan sama ada Muhyiddin menjalankan penelitian wajar yang menyeluruh sebelum melantik Azam Baki.
Azalina merupakan penasihat undang-undang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.
Susulan itu, Muhyiddin menegaskan bahawa pelantikan Azam dibuat melalui proses yang sepatutnya.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Bukan saya yang lantik tetapi diperakukan oleh sebuah jawatankuasa yang mana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika itu yang mengemukakan cadangan namanya,” katanya pada sidang akhbar semalam.
BACA JUGA: ISMAIL SABRI TAKUT DENGAN AZAM BAKI?
Muhyiddin kemudian mengaku bahawa beliau menerima cadangan Mohd Zuki dan seterusnya memperakukannya kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku.
Namun, Muhyiddin lupa, bahawa apabila beliau “menerima cadangan Mohd Zuki,” beliau sebenarnya telah memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap cadangan itu apabila “memperakukannya” kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Ini bermakna, sekiranya Azam Baki melanggar mana-mana Seksyen Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA) atau garis panduan pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam sebelum proses penelitian dijalankan, Muhyiddin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan memaklumkannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Ini kerana, Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan, antaralain, bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.
Maka, apabila Muhyiddin melafazkan sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, beliau sebenarnya berikrar bahawa sebarang nasihat yang diberikannya kepada Yang Di-Pertuan Agong adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan pada masa nasihat itu diberikan.
Manakala itu, Ismail Sabri, yang kini menjawat jawatan Perdana Menteri, turut tertakluk kepada sumpah jawatannya bagi melakukan perkara yang betul, selaras dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.
Begitu juga Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama kerajaan, yang seharusnya menasihati kerajaan agar Azam Baki direhatkan dan Suruhanjaya Siasatan Khas ditubuhkan, supaya siasatan dapat dilakukan terhadap isu pemilikan saham Azam Baki dengan cara yang yang telus dan bebas.
WAJIB BACA:
