
Raggie Jessy Rithaudeen
Masih ingat lagi kata-kata Rafizi menjelang PRU15?
Kalau dah lupa, inilah yang beliau laung-laungkan ketika Kempen pilihan raya:
“Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi.
“Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya-Allah.”
Lepas pilihan raya, dan setelah Anwar menjadi PM dan Rafizi menjadi menteri, dia buat apa?
Putarbelit la, apa lagi.
Bila ditanya, dia dakwa kenyataannya itu sekadar ‘political soundbytes’ atau ‘news byte’.
Maknanya, pengundi ditipu hidup-hidup la tu…
Lepas tu tak kedengaran langsung isu Azam Baki perlu direhatkan atau kredibiliti Azam Baki, yang menjadi tanda soal di kepala otak Rafizi sebelum pilihan raya.
Kemudian, bila kalah pemilihan PKR, tiba-tiba teringat pula si dia ni berhubung kredibiliti Azam Baki.
Inilah ciri-ciri lazim yang ada pada “pakar putarbelit”.
