Isu boikot: Guan Eng sah kebal, laporan terhadapnya diklasifikasi “tiada tindakan lanjut” tidak sampai setengah jam dibuat

Raggie Jessy Rithaudeen

Lebih kurang pukul 1.45 pagi tadi, hanya beberapa minit setelah berjumpa pegawai penyiasat dari PDRM, saya dimaklumkan bahawa laporan polis yang saya buat terhadap Lim Guan Eng berhubung isu “boikot barang buatan bukan Bumiputra” diklasifikasikan di bawah seksyen NFA (rujuk artikel bawah).

Pada mulanya, saya tidak memikirkan apa-apa kerana memang tidak mempunyai masalah sekiranya polis menjalankan siasatan dan mendapati kes tidak perlu dilanjutkan. Malah, perkara ini turut saya beritahu kepada pegawai penyiasat yang mengambil keterangan daripada saya awal pagi tadi.


Tetapi setelah berfikir balik, apa yang memeranjatkan saya ialah laporan tersebut diklasifikasi bawah NFA tidak sampai setengah jam ianya dibuat dan hanya 10 – 15 minit setelah berjumpa pegawai penyiasat.

Ini memandangkan laporan tersebut mempunyai hujah yang teramat kukuh mencadangkan Lim cuba melagakan masyarakat Islam dan bukan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau menggunakan isu boikot (baca artikel bawah).

Saya khuatir ada usaha pegawai-pegawai tertentu di PDRM yang cuba melindungi Guan Eng. Ini sekaligus menunjukkan Lim Guan Eng ini kebal di sisi undang-undang.

GBN akan membincangkan perkembangan ini petang nanti dan akan memutuskan tindakan susulan yang bakal diambil.

BACA: Isu boikot: Polis diberitahu Guan Eng melagakan Muslim dan bukan Muslim

LIHAT SIDANG MEDIA PENUH DI SINI


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

 

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...