Isu cermin gelap: Anthony Loke mengenepikan pihak polis

Azisman (gambar) berkata, peraturan cermin gelap baharu itu menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan kecil seperti penggunaan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar. Sumber (gambar): Berita Harían Online

Polis mendakwa peraturan baharu penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian boleh menyukarkan tugas penguatkuasaan pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata, polis tidak dipanggil bagi membincangkan peraturan baharu itu.

“Saya rasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

TTF: Nampaknya Anthony Loke langsung tidak mempedulikan peranan pihak polis dalam menjaga keselamatan awam sehingga sanggup mengenepikan mereka apabila membuat keputusan.


KUALA LUMPUR: Polis mendakwa peraturan baharu penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian boleh menyukarkan tugas penguatkuasaan pasukan keselamatan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata pihaknya menghormati peraturan baharu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke namun berpendapat tugas polis dalam penguatkuasaan akan menjadi sukar.




Beliau berkata, polis tidak dipanggil bagi membincangkan peraturan baharu itu.

“Saya rasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azisman berkata, selain itu keselamatan pasukan keselamatan juga akan terjejas disebabkan kesukaran untuk melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.

“Sebelum ini kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baharu ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan.

“Ia sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” katanya.

Azisman berkata, peraturan baharu itu juga menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan kecil seperti penggunaan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Memang ada peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain seperti tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga.

Loading...

“Ada pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu,” katanya.

Berkuat kuasa esok, penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Ia bermakna, cermin berkenaan boleh menggunakan lapisan filem atau cermin gelap hitam sepenuhnya, berbanding peraturan sekarang yang menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30 peratus.

Loke dilaporkan berkata, penggunaan lapisan filem atau cermin gelap yang hitam sepenuhnya itu bagaimanapun disertakan dengan syarat ia dilengkapi cermin pemantul kanan dan kiri.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...