Isu cuti Thaipusam: ‘Fakta’ Menteri Besar Kedah sah palsu

Menurut Sanusi, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengumumkan cuti bagi perayaan itu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali kedua (PKP 2.0). Sumber (gambar): Fail TTF

ايسو چوتي تايڤوسم: ءفكتاء منتري بسر قدح صح ڤلسو

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Mohd Nor mendakwa tidak ada cuti untuk hari Thaipusam di negeri itu melainkan “melainkan dua tahun terakhir” apabila ia dijadikan cuti peristiwa.

Bagaimanapun, fakta ini kurang tepat.

Hakikatnya, Thaipusam memang dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014, dan perkara ini sememangnya dilaporkan oleh media arus perdana.

The Star dalam satu terbitan pada 12hb Januari 2014 membawa pengumuman cuti Thaipusam oleh Menteri Besar Kedah pada ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, setelah diperkenan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Thaipusam terus menjadi cuti peristiwa di Kedah pada 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019, manakala pada 2020, tiada cuti peristiwa diisytiharkan memandangkan Thaipusam jatuh pada hari Sabtu.


PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Mohd Nor mendakwa tidak ada cuti untuk hari Thaipusam di negeri itu melainkan “melainkan dua tahun terakhir” apabila ia dijadikan cuti peristiwa.

Setiausaha politiknya, Afnan Hamimi Taib Azamudden pula mendakwa hari Thaipusam hanya diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kedah pada 2017.




Menurutnya, ia tidak berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Perkara ini turut dibayangkan oleh sebuah portal media arus perdana aliran Inggeris yang mendakwa Thaipusam hanya diisytihar sebagai cuti peristiwa di Kedah sejak 2017 dan tidak menyebut ia dijadikan hari cuti pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, fakta-fakta ini kurang tepat.

Hakikatnya, Thaipusam memang dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014, dan perkara ini sememangnya dilaporkan oleh media arus perdana.

The Star dalam satu terbitan pada 12hb Januari 2014 membawa pengumuman cuti Thaipusam oleh Menteri Besar Kedah pada ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, setelah diperkenan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Thaipusam terus menjadi cuti peristiwa di Kedah pada 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019, manakala pada 2020, tiada cuti peristiwa diisytiharkan memandangkan Thaipusam jatuh pada hari Sabtu.

Anehnya, media arus perdana aliran Inggeris yang tersasar fakta kali ini merupakan antara media yang melaporkan cuti Thaipusam pada 2015 dan 2016.

Loading...

Menurut Sanusi, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengumumkan cuti bagi perayaan itu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali kedua (PKP 2.0).

Bagaimanapun dia berkata ia masih boleh disambut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Upacara sembahyang di kuil masih dibenarkan tetapi kehadiran dihadkan kepada satu pertiga daripada kapasiti ruang.

Apakah ini mematuhi ketetapan PKP yang seharusnya menghalang sebarang perkumpulan sosial yang boleh dielakkan?

THE THIRD FORCE

Disunting dari laporan asal oleh Malaysiakini

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...