Isu Hadi dipelawa masuk kerajaan – siapa makan cili, dia rasa pedas

“Hari ini, beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan UMNO dilihat seolah-olah termakan cili padi import dari selatan Thailand sehingga mulut mereka berapi tak tahan pedas”

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو هادي دڤلاوا ماسوق كراجأن – سياڤا ماكن چيلي، دي راس ڤدس

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat satu pendedahan yang agak mengejutkan berhubung tawaran oleh “orang tertentu” agar PAS kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

“Ada orang hubungi saya…beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.




TONTON: ADAKAH AZAM BAKI, SPRM LINDUNGI ANWAR, RAFIZI DARIPADA DAKWAAN JENAYAH BERAT?

“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,” katanya.

Hari ini, beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan UMNO dilihat seolah-olah termakan cili padi import dari selatan Thailand sehingga mulut mereka berapi tak tahan pedas.

“Jangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai Kerajaan Perpaduan,” kata presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rafizi Ramli pula menafikan dakwaan Hadi, seolah-olah Rafizi sudah bertemu dengan semua pemimpin Pakatan Harapan dan UMNO dalam tempoh kurang 24 jam dan pasti tidak ada sesiapa menghubungi Hadi.

Persoalannya, adakah Zahid dan Rafizi benar-benar pasti tidak ada sesiapa menghubungi Hadi?

Cuba fikir, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Zahid sendiri menghubungi Hadi, tak akan mereka hendak mengaku setelah Hadi membuat pendedahan secara terbuka dengan nada yang terang-terang menolak sebarang bentuk kerjasama?

Mana tahu, Rafizi sendiri menghubungi Hadi, kan?

Loading...

Sebab itu saya dapati kenyataan Puad Zarkashi lebih realistik, di mana ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO itu meminta Hadi mendedahkan nama individu yang didakwa menghubunginya.

Kalau Puad sendiri tidak pasti jika Hadi dihubungi, bagaimana Zahid boleh 100% yakin tidak ada sesiapa menghubungi Hadi?

Tak akan Zahid tidak hubungi semua ahli MKT, PKR, DAP dan AMANAH sebelum memberi kepastian bahawa tidak ada sesiapa menghubungi Hadi?

Siapa makan cili, dia rasa pedas!!

Mana tahu, Puad menekan Hadi untuk dedah identiti individu yang menemuinya kerana takut individu itu adalah Anwar.

Mana tahu, kan?

These Pakatan and UMNO fellows are so disoriented and full of themselves, its that much easier to pin them down!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...