Isu hina Al-Sultan Abdullah: Ini bukan kali pertama Muhyiddin putar-belit berhubung peranan dan kuasa Agong

Ikuti juga penjelasan terperinci menerusi video ini (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan mantan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam melantik Perdana Menteri baharu.

Ketika berceramah di pentas kempen Perikatan Nasional di Nenggiri, Kelantan baru-baru ini, Muhyiddin merujuk kepada proses pelantikan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15, yang menyaksikan Al-Sultan Abdullah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.




Beberapa pihak yang dikira rapat kepada Muhyiddin mendakwa beliau sekadar menyatakan fakta tidak dipanggil menghadap Yang Di-Pertuan Agong walaupun sudah mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, rakaman video ucapan Muhyiddin telah disunting oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan dan suasana yang tidak harmoni.

Ini disusuli dengan satu laporan polis oleh Pengarah Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional, Akmal Zahin Zainal Zahir, ke atas video yang dimuat naik di platform sosial media YouTube oleh pemegang akaun Suara Keadilan.

Saya menyokong penuh tindakan Akmal membuat laporan itu sekiranya benar video tersebut disunting dengan cara yang sengaja mengaibkan Muhyiddin.

Namun, saya tetap dengan pendirian bahawa ucapan Muhyiddin di Nenggiri bersifat menghina Al-Sultan Abdullah dengan nada yang sinis berhubung peranan dan kuasa Seri Paduka Baginda Tuanku melantik Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Gambaran atau persepsi yang timbul akibat daripada ucapan itu tidak menyeluruh atau tepat, baik dari sudut kronologi mahupun Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Muhyiddin pada 15hb Disember 2023, di mana beliau memberi gambaran palsu bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak memliki kuasa budi bicara mutlak dalam soal pelantikan Perdana Menteri.

Loading...

Muhyiddin menulis;

“Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.”

Kenyataan ini palsu dan memiliki unsur putar-belit yang jelas. Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan sebenar-benarnya berbunyi seperti berikut:

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya MUNGKIN mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.”

Versi Inggeris: “The Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representatives who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House.”

Perhatikan bagaimana perkataan “mungkin” ghaib dari versi Muhyiddin. Perkataan ini membawa maksud yang mendalam dalam kedua dua versi Bahasa Melayu dan Inggeris (likely), di mana ia tidak sama sekali menetapkan bahawa calon yang akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri wajib memiliki sokongan majoriti atau bukti sokongan majoriti pada ketika lantikan dibuat.

Dalam ucapannya di Nenggiri, Muhyiddin memberi gambaran bahawa Yang Di-Pertuan Agong seharusnya melantik beliau sebagai Perdana Menteri kerana Perikatan Nasional menampilkan 115 akuan bersumpah sokongan terhadapnya.

Ini juga tidak benar.

Hakikatnya, tidak ada mana-mana Perkara atau Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan atau menjelaskan proses atau cara Yang Di-Pertuan Agong harus menilai tahap sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat terhadap calon Perdana Menteri.

Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budi bicara mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk membuat penilaian itu berdasarkan pengamatan dan/atau pertimbangan (hemat) Seri Paduka Baginda Tuanku yang tidak perlu diperjelaskan kepada sesiapa, termasuk calon berkenaan.

Ini bermakna, sesiapa sahaja boleh menampilkan akuan bersumpah atau sebarang bentuk dokumentasi lain sebagai ‘bukti sokongan majoriti’, namun terpulang kepada Yang Di-Pertuan Agong samada mahu menerimanya atau tidak.

Pokoknya, Yang Di-Pertuan Agong akan melakukan apa yang memuaskan hatinya dalam penentuan tahap sokongan terhadap mana-mana ahli Dewan Rakyat bagi jawatan Perdana Menteri, dan tidak ada sesiapa boleh mempersoalkan keputusan yang dicapai.

Muhyiddin juga mengabaikan beberapa faktor penting dalam penjelasannya di Facebook dan Nenggiri yang mungkin menjelaskan keputusan akhir Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Saya telah menjelaskan faktor-faktor ini secara terperinci menerusi video di bawah (KLIK DI SINI ATAU KLIK LINK DI BAWAH):

JANGAN SPIN CUBA PERTAHAN MUHYIDDIN 

Video ini turut menyentuh perkara-perkara berikut:

1.     Keadaan di mana seorang Perdana Menteri harus letak jawatan.

2.     Membezakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan membabitkan sokongan majoriti bagi pelantikan Perdana Menteri baru dan sokongan majoriti bagi Perdana Menteri yang sedia ada.

3.     Cara menentukan bahawa Perdana Menteri masih memiliki sokongan majoriti dan soal adakah Yang Di-Pertuan Agong perlu menerima undi tidak percaya atau akuan bersumpah sebagai bukti kehilangan sokongan majoriti.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...