Isu hina parlimen: Polis akan panggil Xavier dalam masa terdekat

Pada Isnin lepas, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Xavier mengeluarkan kenyataan akan pendapatnya mengenai sidang sehari itu dan kerajaan. Sumber (gambar): Harian Metro

ايسو هينا ڤرليمين: ڤوليس اكن ڤڠڬيل زاۏيار دالم ماس تردكت

Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung Isnin lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, kita sudah menerima 33 laporan seluruh negara berhubung dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Pada Isnin lepas, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Ahli Parlimen Kuala Langat telah mengeluarkan kenyataan akan pendapatnya mengenai sidang sehari itu dan kerajaan.


KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung Isnin lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




RUJUK JUGA SIDANG MEDIA TTF BERHUBUNG KENYATAAN XAVIER (KLIK AYAT INI)

“Setakat ini, kita sudah menerima 33 laporan seluruh negara berhubung dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Isnin lepas, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Ahli Parlimen Kuala Langat telah mengeluarkan kenyataan akan pendapatnya mengenai sidang sehari itu dan kerajaan.

Semalam, Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya terhadap  Xavier yang seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada hari sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Wangsa Maju turut membuat laporan polis berhubung isu sama terhadap Xavier.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...