ISU ICERD: KENYATAAN DATUK HASANAH TERHADAP FITNAH KEPADA TUN HAMID

Dato’ Hasanah Ab Hamid

Kritikan tidak cerdik terhadap YBhg. Tun Abdul Hamid (lihat bawah) amat saya kesali. Apa yang dikatakan oleh Tun Hamid hendaklah difahami oleh semua rakyat.

Tun Hamid ialah bekas Ketua Hakim Negara. Walaupun beliau seorang Melayu, beliau tidak berat sebelah dan memberi pandangan yang sama pernah diberi oleh Pengarah Cawangan Khas, Ketua Polis Negara, Ketua Perisikan Tentera, Ketua Pengarah Perisikan JPM dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara sebelum ini kepada mana-mana Perdana Menteri termasuk YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.




Menteri Kabinet boleh memberi pandangan tetapi Perdana Menteri perlu merujuk kepada Sidang Majlis Keselamatan Negara yang berfungsi memberi nasihat khusus tentang isu-isu seperti ICERD yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara.

Menteri Luar dan lain lain Menteri bukan sebahagian daripada Sidang MKN tetapi mereka boleh dijemput untuk mendengar analisa keselamatan ketiga-tiga Ketua Perisikan termasuk pandangan Ketua Polis Negara (KPN) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang kesemuanya Melayu setakat ini.

Mereka akan memberi hujah yang sama dengan YBhg. Tun Hamid bukan kerana mereka Melayu tetapi kerana undang-undang negara ini dan dasar-dasar tentang hak istimewa orang Melayu dan Kedudukan Raja agak sensitif serta termaktub dalam Perlembagaan yang sedia ada.

Sebarang instrumen luar yang bertentangan dengan Perlembagaan perlu ditolak dan semua bangsa harus belajar menghormati keluhuran Perlembagaan ini serta menerima hakikat bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah ada dasar diskriminasi kaum seperti yang didakwa oleh mereka yang pada hari ini menjadi Menteri Kabinet.

Agenda perubahan yang dibawa oleh menteri-menteri baharu ini tidak salah tetapi perlu mendapat sokongan semua pihak. Sekiranya sokongan ini tidak diberi, mereka boleh menggubal dasar-dasar yang membantu golongan yang dikatakan tertindas ini.

Orang Melayu adalah beragama Islam dan Islam itu memberi hak kepada bukan Islam, maka menteri-menteri bukan Islam tidak perlu mengajar orang Melayu tentang hak mereka. Jangan sampai agenda pembaharuan itu melemahkan Kerajaan secara keseluruhan sedang PH telah diberi mandat yang kukuh untuk mentadbir negara dengan baik dan gunakanlah kuasa ini secara toleransi dan berhemah.

Kritikan murahan terhadap Tun Hamid tidak akan mengurangkan sedikitpun nilai dan kepentingan pandangan beliau terhadap isu ICERD ini. Walaupun Tun Hamid ini bukan ayah saya, saya sentiasa mendoakan beliau terus diberi kekuatan membimbing kita untuk mencari kebenaran daripada tuduhan-tuduhan liar yang berluasa.

Loading...

Semoga Allah Taala juga memberi kita semua kekuatan meneruskan perjuangan demi tanah air yang tercinta ini. Solat hajat besar-besaran juga boleh dilakukan di semua masjid dalam kita berjuang menegakkan kebenaran dan jangan sekadar berhimpun untuk mencabar lawan.

Saya percaya Presiden UMNO, Presiden Pas serta YAB Perdana Menteri sendiri mempunyai pandangan yang sama tentang keselamatan dan keamanan negara.

Datuk Hasanah Ab Hamid

Fitnah-fitnah terhadap Tun Hamid:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...