Isu Jerebu, kebakaran hutan: Kerajaan Indonesia mungkin rampas 1.4 juta hektar tanah sawit

Pada 20hb September 2019, pihak Polis Republik Indonesia (Polri) menamakan lima syarikat dan 230 orang sebagai suspek yang melakukan pembakaran tanah dan hutan di tujuh wilayah di Sumatera Selatan. Sumber (gambar): Berta Harian

Kerajaan Indonesia mungkin mengambil balik kawasan hutan seluas 1.4 juta hektar sebagai sebahagian daripada larangan terhadap pembersihan tanah untuk sawit, kata pihak berkuasa, semalam.

Tindakan ini dipercayai bersangkut paut dengan kebakaran beratus ribu ekar tanah hutan dan ladang usahasama sawit Malaysia-Indonesia di beberapa kawasan di Kalimantan dan Sumatera.

Tahu lepas, Presiden Joko Widodo mengeluarkan larangan permit baharu untuk kelapa sawit selama tiga tahun bertujuan melindungi hutan negara itu.

Dekri itu turut memberikan kerajaan kuasa menilai semula lesen sedia ada dan membatalkannya, jika kawasan terbabit masih belum dibersihkan.


SUBANG JAYA: Kerajaan Indonesia mungkin mengambil balik kawasan hutan seluas 1.4 juta hektar sebagai sebahagian daripada larangan terhadap pembersihan tanah untuk sawit, kata pihak berkuasa, semalam.

Tindakan ini dipercayai bersangkut paut dengan kebakaran beratus ribu ekar tanah hutan dan ladang usahasama sawit Malaysia-Indonesia di beberapa kawasan di Kalimantan dan Sumatera.




Pada 13hb September lepas, Kerajaan Indonesia bertindak menyita tanah milik empat syarikat usahasama sawit Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan.

Syarikat-syarikat terbabit, yang majoriti sahamnya dimiliki syarikat Malaysia, termasuk Sime Indo Agro (milik Sime Darby Plantation) di Kalimantan Barat, Sukses Karya Sawit (milik IOI Corporation) dan Rafi Kamajaya Abadi (milik TDM Bhd).

Dalam laporan berlainan, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar mengesahkan tanah milik Kuala Lumpur Kepong di Riau turut disita.

Sebelum itu, TTF menerbitkan laporan terperinci berhubung pemilikan syarikat-syarikat usahasama sawit di Indonesia oleh syarikat-syarikat Malaysia yang samada diterajui golongan elit UMNO atau kroni-kroni DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salah satu syarikat usahasama tersebut, Sukses Karya Sawit, bersangkut paut secara langsung dengan Dato’ Haji Mohd Khalil dan secara tidak langsung dengan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Umum sedia maklum, Yeo pada ketika ini bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng. Lee turut merupakan ahli lembaga pengarah IOI Group.

Sebelum ini, suami Yeo pernah dikaitkan dengan masalah pencemaran di Pasir Gudang yang disyaki pihak tertentu berpunca daripada kilang pemprosesan milik beliau.

Loading...

BACA LAPORAN PENUH DI SINI

Sehari selepas laporan TTF dikeluarkan, IOI Corporation Berhad menafikan dakwaan Siti Nurbaya bahawa tanah miliknya disita sambil mendakwa tidak pernah menerima notis daripada kerajaan Indonesia.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, syarikat Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad mengaku wujudnya tompok panas merangkumi 2.8 hektar di ladang sawit usahasamanya dengan P.T. Adei Plantation and Industry (P.T. Adei).

Enam hari kemudian, pada 20hb September 2019, pihak Polis Republik Indonesia (Polri) menamakan lima syarikat dan 230 orang sebagai suspek yang melakukan pembakaran tanah dan hutan di tujuh wilayah di Sumatera Selatan.

Salah satu syarikat tersebut, PT Sepanjang Inti Surya Utama (PT SISU, Kalimantan Barat) merupakan sebuah syarikat konsesi yang bersangkut dengan Genting Group, sebuah syarikat pelaburan tempatan yang diterajui oleh seorang taikun tempatan, Tan Sri Lim Kok Thay.

Memetik laporan Berita Harian awal pagi tadi, Presiden Joko Widodo mengeluarkan larangan permit baharu untuk kelapa sawit tahun lalu yang berkuatkuasa selama tiga tahun bertujuan melindungi hutan negara itu.

Dekri itu turut memberikan kerajaan kuasa menilai semula lesen sedia ada dan membatalkannya, jika kawasan terbabit masih belum dibersihkan.

Pegawai pentadbir hutan di kementerian penyelaras hal ehwal ekonomi, Prabianto Mukti Wibowo berkata, 5.8 juta hektar kawasan hutan dilesenkan untuk penanaman sawit.

Namun, katanya, daripada jumlah itu 1.4 juta hektar masih belum ditukar kepada ladang dan masih mempunyai pokok hutan.

“Ia bergantung kepada penilaian kementerian alam sekitar. Selepas penilaian, menteri penyelaras boleh memperuntukkan tanah kerajaan untuk kawasan hutan atau sebagai tanah pertanian,” katanya.

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...