
Satu sindiket penjualan MyKad kepada warga China telah dikesan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan Putrajaya.
Kesemua ini ada sangkut-pautnya dengan kemasukan warga Hong Kong dalam bilangan yang amat membimbangkan sejak kerajaan Pulau Pinang dikuasai DAP pada pilihanraya umum ke 12.
Antara tahun 2008 hingga 2014, pentadbiran Lim Guan Eng meluluskan berpuluh-puluh kontrak pembinaan kondominium mewah di kawasan lereng bukit, tepi pantai dan tapak-tapak tanah tebusguna.
Beberapa syarikat yang terlibat dengan pembinaan tersebut bersangkut paut dengan Tan Sri Tan Kok Ping serta pengasas Hunza Group, Dato’ Seri Khor Teng Tong.
Kebanyakan unit kondominium yang dibina syarikat-syarikat ini teramat mahal bagi warga Malaysia tetapi amat mudah dimiliki oleh sebilangan besar usahawan Hong Kong yang kaya raya.
SUBANG JAYA: Satu sindiket penjualan MyKad kepada warga China telah dikesan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan Putrajaya.
Menurut portal Berita Harian Online, seorang pegawai JPN Pulau Pinang yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Georgetown esok berhubung kes aktiviti penjualan MyKad kepada warga China.
Portal tersebut menulis:
Media sebelum ini melaporkan beberapa individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi ditahan polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Dalam operasi khas minggu lalu, beberapa kakitangan dan pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya ditahan mengikut Akta SOSMA.
Sumber berkata, antara yang ditahan termasuk pegawai JPN Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat Jabatan Imigresen Pulau Pinang mengenai wanita warga China memiliki MyKad sah mahu membuat pasport Malaysia.
Difahamkan, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke pejabat imigresen negeri bagi membuat pasport Malaysia sebelum mengemukakan MyKad miliknya yang sah.
Bagaimanapun, status kewarganegaraan wanita terbabit diragui sebelum imigresen bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Susulan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu dipercayai terbabit kes penjualan MyKad bernilai RM350,000.
Kesemua ini ada sangkut-pautnya dengan kemasukan warga Hong Kong dalam bilangan yang amat membimbangkan sejak kerajaan Pulau Pinang dikuasai DAP pada pilihanraya umum ke 12.
Antara tahun 2008 hingga 2014, pentadbiran Lim Guan Eng meluluskan berpuluh-puluh kontrak pembinaan kondominium mewah di kawasan lereng bukit, tepi pantai dan tapak-tapak tanah tebusguna.
Beberapa syarikat yang terlibat dengan pembinaan tersebut bersangkut paut dengan Tan Sri Tan Kok Ping serta pengasas Hunza Group, Dato’ Seri Khor Teng Tong.
Bukan hanya kedua-dua taikun ini kenalan rapat Lim dan penyokong tegar DAP, Tan digelar oleh sesetengah pihak “Ketua Menteri sebenar” kerana didakwa mampu mempengaruhi tindak-tanduk Lim.
Kebanyakan unit kondominium yang dibina teramat mahal bagi warga Malaysia tetapi amat mudah dimiliki oleh sebilangan besar usahawan Hong Kong yang kaya raya.
Syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat pula kerap mengiklankan unit-unit kondominium ini di Singapura dan Hong Kong bagi tujuan menarik hartawan Cina dari sana membeli unit-unit tersebut.
Bagi mengaburi mata rakyat, pentadbiran Lim, menerusi Jagdeep Singh Deo, menklasifikasikan semula struktur harga rumah di Pulau Pinang sebegitu rupa supaya rumah mewah bernilai RM400,000 turut diklasifikasi sebagai ‘mampu milik’.
Ini menyebabkan Pulau Pinang menjadi pusat tumpuan warga Hong Kong yang mula membeli begitu banyak rumah dan kerap bercuti di kawasan pulau hingga kos sara hidup menjadi tidak terkawal kerana kemampuan mereka berbelanja besar.
Ini merupakan antara sebab masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah, terutamanya Melayu-Islam, rasa terhimpit dan akhirnya berhijrah keluar dalam bilangan yang agak besar dari kawasan pulau ke Butterworth, Seberang Jaya, Perai dan sebagainya.
RJ RITHAUDEEN
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
