Isu Kampung Baru: Baru kita tahu betapa kejamnya Khalid Samad

“Mengapakah Khalid merahsiakan perkara ini daripada umum? Adakah beliau takut rakyat akan melihat betapa siksanya pemilik tanah Kampung Baru melihatkan tanah mereka ‘dirampas’ jauh di bawah harga pasaran?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو كامڤوڠ بارو: بارو كيت تاهو بتاڤ كجمڽ خالد صمد

Pada 3hb Oktober 2019, Khalid Abdul Samad selaku Menteri Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan mempertimbangkan tawaran harga yang lebih tinggi kepada pemilik tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur, bagi tujuan pembeiian tanah tersebut.




Ini berikutan rungutan oleh pelbagai pihak terhadap tawaran asal beliau sebanyak RM850 setiap kaki persegi untuk tujuan pembangunan semula kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Amirhamzah Karim bersama beberapa pihak lain mendakwa tawaran Khalid menimbulkan persoalan kerana nilai semasa tanah itu melebihi RM2,000.

Ini menjurus kepada satu tawaran pelik oleh pihak Khalid, di mana pada 24hb Oktober 2019, beliau mengumumkan persetujuan pihak kerajaan untuk membayar RM1,000 kepada pemilik tanah Kampung Baru bagi setiap kaki persegi yang dibeli..

Menurut Khalid, pemilik tanah diberi empat pilihan iaitu pulangan tunai; pulangan unit siap; kombinasi pulangan tunai dan unit siap; dan pulangan pemegang saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang bakal ditubuhkan.

Bagi opsyen ketiga, Khalid menjelaskan, RM850 adalah dalam bentuk pulangan tunai,manakala RM150 lagi adalah dalam bentuk pulangan pegangan saham dalam syarikat SPV.

Kesemua ini melibatkan sejumlah dana RM20 bilion bagi pembelian 230 ekar tanah di kawasan Kampun Baru.

Khalid memberikan persepsi seolah-olah tawaran beliau cukup ‘lumayan’ dan pasti akan diterima oleh hampir kesemua pemilik tanah.

Loading...

Malangnya, bukan hanya tawaran kerajaan ini ditolak oleh 40 peratus pemilik tanah, perkara ini baru sahaja dibawa kepada perhatian kita oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Tan Sri Annuar Musa.

Persoalannya, jika kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak tumbang, apakah kita akan diberitahu perkara ini?

Mengapakah Khalid merahsiakan perkara ini daripada umum? Adakah beliau takut rakyat akan melihat betapa siksanya pemilik tanah Kampung Baru melihatkan tanah mereka ‘dirampas’ jauh di bawah harga pasaran?

Pada 26hb Oktober 2019, dua hari selepas membuat tawaran baharu, Khalid berkata kerajaan mungkin mempertimbangkan pengambilan tanah Kampung Baru secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 sekiranya ada segelintir pemilik yang berdegil untuk bekerjasama menjual lot mereka.

Apakah Khalid akan meneruskan juga hasratnya untuk merampas tanah milik hampir separuh pemilik tanah Kampung Baru seandainya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak tumbang?

Bersambung…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...