
Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup
Saya ingin berpesan kepada Menteri Wilayah Persekutuan kita, YB Khalid Abdul Samad, supaya jangan terburu-buru keluarkan kenyataan dan hayati dulu intipati sidang media (Gerakan Bangsa Nasional) GBN sebentar tadi sebelum memberi komen.
LIHAT SIDANG MEDIA DI SINI
Sebelum ini, kalau nak cerita babak pembangunan Kampung Baru, deras betul Khalid mengeluarkan kenyataan-kenyataan cetek bersifat melatah sebaik sahaja ada persoalan ataupun kritikan oleh mana-mana pihak terhadap tindakan kerajaan persekutuan membangunkan kawasan tersebut.
Sebagai menteri, Khalid seharusnya lebih prihatin, memahami keresahan masyarakat Melayu-Islam dan berusaha memberikan kepastian dan keyakinan bahawa pihak kerajaan akan bersifat terbuka dan telus serta mengusahakan sesi-sesi dialog dan penerangan bersama penduduk terbabit agar tidak timbul salah-faham.
Inikan tidak, beliau lebih sibuk melatah dan menuding jari terhadap pentadbiran sebelum ini tanpa menghiraukan langsung rungutan serta keresahan masyarakat Melayu-Islam. Menteri macam mana ini, yang langsung tidak dapat mengawal emosi dan bertindak ikut sesuka hati?
Baru semalam saya tegaskan perlunya diadakan sesi-sesi dialog ini, takkan Khalid baru terfikir nak adakan sesi dialog bersama Perdana Menteri sedangkan kami di GBN baru sahaja selesai adakan sidang media?
Hayatilah sidang media itu, buatlah perbincangan dengan kabinet dulu. Tak usah jadi menteri tergesa-gesa, jangan buat seolah-olah awak ini Menteri Gesa-Gesa Persekutuan, bukan Menteri Wilayah Persekutuan.
Baca juga artikel saya semalam, hayatilah apa yang diperkatakan. Jawab semua isu-isu yang telah saya bangkitkan.
BACA: Asyik-asyik Kampung Baru, lebih baik bersihkan dulu Chow Kit yang masih jadi sarang maksiat
Jelaskan dulu kepada rakyat mengapa kerajaan beriya-iya ingin membangunkan Kampung Baru sedangkan Chow Kit dan Petaling Street yang menjadi sarang maksiat tidak diusik.
Cuba cerita kat saya mengapa penjaja-penjaja Cina di kawasan Chai Leng Park, Penang Road dan kawasan berdekatan dengan Sunway Hotel dekat Komtar dibiarkan ‘bermaharajalela’ dan buat semak di jalan-jalan utama sedangkan gerai-gerai Melayu di tepi jalan yang langsung tidak mengganggu lalulintas di Pulau Pinang banyak diroboh.
Barulah Menteri Wilayah Persekutuan namanya.
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
