Isu kartel dedak: Orang viral nama saya, kata Dr Samsuri

Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan). Sumber (gambar): Harakah Daily

Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengambil pendekatan ‘mengunci’ mulut kerana akur dengan arahan PAS Pusat dalam isu ‘kartel dedak’.

“Orang viral nama saya, siapa yang sebut itu saya tak tahu. Saya nak nafi atau nak apa-apa pun biar saya bercakap dengan pihak partilah dahulu.


KUALA TERENGGANU: Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengambil pendekatan ‘mengunci’ mulut kerana akur dengan arahan PAS Pusat dalam isu ‘kartel dedak’.

Katanya, arahan PAS Pusat itu dikeluarkan oleh setiausaha agung, Dato’ Takiyuddin Hassan kepada semua ahli PAS.

“Saya mengambil sikap terima pandangan dan akur dengan arahan Setiausaha Agung bahawa perkara yang berkaitan dengan parti ini tidak diulas buat masa ini.


“Jadi saya tak boleh hendak ulas lagilah,” jelasnya yang juga Menteri Besar Terengganu kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Hadir bersama beliau dalam sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman

Namun, kata beliau tidak mengetahui jika namanya turut disebut sebagaimana yang diviralkan di media sosial itu.

“Orang viral nama saya, siapa yang sebut itu saya tak tahu. Saya nak nafi atau nak apa-apa pun biar saya bercakap dengan pihak partilah dahulu.

“Saya mengambil sikap ‘mengunci’ mulut, berpuasa,” ujarnya kepada pemberita dengan nada berseloroh.

Isu ‘kartel dedak’ dibangkitkan oleh Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad di laman Facebooknya, hingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen terhadap PAS.

Sehubungan itu, Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan arahan melarang ahli-ahli PAS membincang dan membahaskan sebarang isu melibatkan urusan parti dalam semua bentuk media .

Perintah arahan larangan itu berkuat kuasa serta merta dan keengkaran terhadap perintah itu membolehkan seseorang ahli dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib parti.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...