
“Hasnol didakwa pernah bersekongkol dengan Saifuddin – bekas menteri KPDNHEP – dan merahsiakan banyak perkara daripada menteri KPDNHEP baharu dengan niat melakukan sabotaj terhadapnya”
Raggie Jessy Rithaudeen
ايسو كيلڠ ارق: هسنول، صيفالدين نساوتياون ڤرلو جواب دعوأن كومڤلوت
Tidak sampai 24 jam kerajaan memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi dua kilang arak, timbul dakwaan penglibatan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Ahmad dengan komplot untuk sabotaj menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi
Isnin lalu, dua surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang memberikan pengecualian kepada Carlsberg dan Heineken untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di Facebook dan WhatsApp.
Bersambung selepas surat ini:
Susulan dakwaan surat berkenaan dikeluarkan secara rahsia oleh Hasnol tanpa kelulusan rasmi menteri, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, semalam mengaku beliau dan Alexander tahu berkenaan kebenaran surat itu dan kebenaran yang diberikan kepada Carlsberg dan Heineken.
Walaubagaimanapun, pengakuan itu tidak dipedulikan oleh seorang yang menggelar dirinya sebagai “Captain M” yang mendakwa Hasnol merahsiakan banyak perkara daripada menteri KPDNHEP dengan niat melakukan sabotaj terhadapnya.
Beliau menulis:
“Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam sebelum ini bersekongkol dengan KSU lama Datuk Muez Abd Aziz dan Datuk Seri Saifuddin Nasution – bekas Menteri KPDNHEP – berhubung satu tender Konsesi Perkhidmatan Penentusahan Alat Timbang dan Sukat di bawah Seksyen 26A(1) (b) Akta Timbang dan Sukat 1972 bernilai RM200 juta kepada syarikat kroni Menteri.
“Beliau sangat berdendam dengan Menteri KPDNHEP apabila tender itu dibekukan sementara oleh menteri.
“KSU berang apabila dua syarikat kroni Datuk Seri Saifuddin Nasution menjanjikan komisen projek berjuta disenarai pendek iaitu Metrology Corporation (Malaysia) Sdn Bhd dan De Metrology Sdn Bhd ditangguhkan oleh Menteri. Menteri mahu projek itu dinilai semula.
“Sebelum ini Dato’ Seri Saifuddin Nasution dengan segala apa cara mahu projek bernilai RM200 juta ini diberi kepada syarikat kroninya. Saifuddin mengarahkan Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam meluluskan dalam LPA syarikat kroninya sebelum beliau keluar.
“Bagaimanapun perakuan daripada Menteri Kewangan bagi kelulusan projek ini kepada KPDNHEP tertangguh kerana tidak sempat ditandatangi oleh Lim Guan Eng.”
Bersambung selepas surat ini:
Menurutnya, Alexander sebenarnya “dikejutkan dengan pemberian kelulusan operasi sementara” bagi Carlsberg dan Heineken untuk terlibat dalam pembekalan rantaian makanan “tanpa melalui kelulusan menteri.”
Beliau berkata Alexander turut sangkut dengan kontroversi topeng muka berharga RM2.50 disebabkan kegagalan Hasnol untuk menasihati menteri – yang boleh dianggap sebagai ‘orang baharu’ dalam kementerian – dengan niat melakukan sabotaj terhadapnya.
Bolehkah Saifuddin dan Hasnol jawab kesemua dakwaan ini?
