Isu Kesultanan Sulu rampas aset: Laporan polis terhadap Najib Razak kerna manipulasi fakta

Hantaran yang dibuat oleh Najib di Facebook didakwa mengandungi kenyataan yang berniat memanipulasi dan mengelirukan orang ramai. Sumber (gambar): Fail TTF

ايسو كسولتانن سولو رامڤاس اسيت: لاڤورن ڤوليس ترهادڤ نجيب رازق

Malaysiakini melaporkan bahawa Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan menuduh Najib memanipulasi fakta berhubung isu rampasan dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Ketua Strategi Pemuda Amanah Ammar Tan dilaporkan sebagai berkata, laporan polis dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 499 dan 505 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, peguam Pemuda Amanah, Azri Abdullah berkata, hantaran yang dibuat oleh Najib di Facebook mengandungi kenyataan yang berniat memanipulasi dan mengelirukan orang ramai.

“Jika anda lihat hantarannya sejak Mac hingga dua hari lalu, dia nyatakan tuntutan daripada kesultanan Sulu hanya difailkan pada 2019, ketika PH menjadi kerajaan.

“Namun, jika anda semak rekod, anda dapat lihat dengan jelas yang prosiding bermula pada 2017, dua tahun sebelum PH menjadi kerajaan,” kata Azri.

“Kami membuat laporan polis terhadap Najib kerana kenyataan yang dikeluarkannya beberapa hari lalu yang menuduh pihak lain dan melepaskan diri daripada masalah yang disebabkannya ketika mentadbir negara.

“Niat kenyataan itu jelas untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat, melemparkan kesalahan, dan menjejaskan kerajaan sekarang,” katanya.

Sementara itu, peguam Pemuda Amanah, Azri Abdullah berkata, hantaran yang dibuat oleh Najib di Facebook mengandungi kenyataan yang berniat memanipulasi dan mengelirukan orang ramai.

“Jika anda lihat hantarannya sejak Mac hingga dua hari lalu, dia nyatakan tuntutan daripada kesultanan Sulu hanya difailkan pada 2019, ketika PH menjadi kerajaan.

“Namun, jika anda semak rekod, anda dapat lihat dengan jelas yang prosiding bermula pada 2017, dua tahun sebelum PH menjadi kerajaan,” kata Azri.

Menurut seorang lagi peguam yang hadir, pihaknya berpandangan bahawa hantaran Najib sebagai mengelirukan dan satu penipuan jelas.

“Hantaran ini adalah penipuan jelas…Kami harap Najib dapat berhenti bertindak seperti seorang ‘tentera siber’ dan tidak lagi membuat cerita palsu seperti ini,” katanya.

Loading...

Azri berkata laporan polis dibuat supaya orang ramai tahu bahawa apabila bayaran tidak lagi dibuat terhadap pihak kesultanan Sulu, ia merupakan kelalaian kerajaan pada masa itu.

“Tiada tindakan diambil terhadap kecuaian ini di mahkamah, yang akhirnya menyebabkan kita berdepan dengan perkara ini,” kata Azri.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...