Isu klip audio: Polis cuba percepat siasatan, mungkin ‘paksa’ Najib, Rosmah beri keterangan

Sehingga 28 Januari lalu, polis hanya memperoleh keterangan ahli parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bagi membantu siasatan kes rakaman audio terbabit. Sumber (gambar): The Coverage

ايسو كليڤ اءوديو: ڤوليس چوبا ڤرچڤت سياستن، موڠكين ءڤقساء نجيب، روسمه بري كتراڠن

Polis tidak menolak kemungkinan akan memaksa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad bagi memberi keterangan berhubung pendedahan sembilan set rakaman perbualan yang didedahkan SPRM bulan lalu.

Ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, memandangkan proses untuk memanggil mereka bagi memberi keterangan sedang berjalan, beliau berharap laporan lengkap kes berkenaan dapat dipercepatkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

SPRM pada 8 Januari lalu mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah dan Abdul Azeez yang dirakam perbualannya, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada 15 Januari lalu pula, Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya, memberi keterangan hampir empat jam kepada polis berkaitan rakaman audio berkenaan.


MELAKA: Polis tidak menolak kemungkinan akan memaksa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad bagi memberi keterangan berhubung pendedahan sembilan set rakaman perbualan yang didedahkan SPRM bulan lalu.

Ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, memandangkan proses untuk memanggil mereka bagi memberi keterangan sedang berjalan, beliau berharap laporan lengkap kes berkenaan dapat dipercepatkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.




Beliau berkata, ada ketikanya ketika dipanggil kesemua mereka tidak dapat datang dengan memberikan alasan munasabah seperti mempunyai kes lain di mahkamah atau tidak sihat.

“Proses itu berjalan off hand. Saya tidak dapat hendak bagi (tarikh) tetapi proses untuk mereka dipanggil sedang berjalan. Dalam pada itu pegawai-pegawai akan berusaha untuk melengkapkan kertas siasatan, untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

“Proses itu berjalan, saya tidak dapat hendak beritahu (bila akan dipanggil) sebab ada ketikanya apabila dipanggil mereka tidak dapat datang atas urusan, sebab ada ketikanya apabila dipanggil, mereka memberi alasan urusan ke mahkamah atau tidak sihat.

“Kita kalau boleh hendak cepat tetapi mereka memberikan alasan munasabah, sakit atau mereka terikat dengan proses mahkamah sekiranya tidak, kita akan paksa, sehingga kini, mereka pernah dipanggil,” kata beliau dalam sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Megara (PJPN) Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Ayer Keroh pada Rabu.

SPRM pada 8 Januari lalu mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah dan Abdul Azeez yang dirakam perbualannya, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Senarai itu yang turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing, diperolehi daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit diperdengarkan SPRM pada satu sidang media.

Semua rakaman perbualan yang didedahkan itu dipercayai berlaku di antara 5 Januari hingga 29 Julai 2016, diperoleh SPRM awal tahun ini daripada entiti tidak didedahkan, tetapi agensi anti rasuah itu yakin rakaman terbabit adalah tulen.

Loading...

Sehingga 28 Januari lalu, polis hanya memperoleh keterangan ahli parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bagi membantu siasatan kes rakaman audio terbabit.

Pada 15 Januari lalu pula, Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya, memberi keterangan hampir empat jam kepada polis berkaitan rakaman audio berkenaan.

Yang turut memberi keterangan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan lima pegawai suruhanjaya itu.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...