Isu klip audio: ‘Serangan’ Ramkarpal terhadap Latheefa berkait dengan Lim Guan Eng?

‘Serangan’ Ramkarpal terhadap SPRM disyaki bermotifkan politik. Sumber (gambar): Fail TTF

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor merangkap Pengerusi Biro Guaman DAP, Ramkarpal Singh berkata beliau secara peribadi menganggap tindakan Latheefa Koya menyiarkan rakaman perbualan telefon antara dua puluh individu tidak berpelembagaan dan tidak boleh disokong kerana ia jelas mencerobohi hak asasi manusia.

Apa yang aneh, DAP sebelum ini tidak pernah memperjuangkan sesuatu yang tidak membawa faedah kepada parti biarpun melibatkan percanggahan prinsip perundangan ataupun kebenaran yang seharusnya diperjuangkan.

Persoalannya, mengapakah Ramkarpal tiba-tiba ‘menyerang’ pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Latheefa?

Bukankah pembongkaran “klip audio Najib” mampu mengaibkan kedua-dua Najib dan Rosmah dengan menimbulkan keraguan dan kebencian masyarakat Melayu-Islam terhadap mereka?


SUBANG JAYA: Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor merangkap Pengerusi Biro Guaman DAP, Ramkarpal Singh berkata beliau secara peribadi menganggap tindakan Latheefa Koya menyiarkan rakaman perbualan telefon antara dua puluh individu tidak berpelembagaan dan tidak boleh disokong kerana ia jelas mencerobohi hak asasi manusia.

Rakaman yang dimaksudkan merujuk kepada perbualan telefon yang dipintas melibatkan beberapa individu berprofil tinggi, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.




Apa yang aneh, DAP sebelum ini tidak pernah memperjuangkan sesuatu yang tidak membawa faedah kepada parti biarpun melibatkan percanggahan prinsip perundangan ataupun kebenaran yang seharusnya diperjuangkan.

Ini jelas dipamerkan ketika DAP mengerahkan Ramkarpal untuk membela pemimpin-pemimpin parti yang ditangkap bawah SOSMA atas penglibatan mereka dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

DAP tahu penglibatan Ramkarpal mempunyai elemen konflik kepentingan tetapi membiarkan juga beliau membela mereka.

DAP turut gemar menggunakan Islam sebagai senjata. Contoh yang paling ketara ialah ketika parti itu menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang diusulkan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

DAP memberikan persepsi bahawa pindaan tersebut melibatkan masyarakat bukan Islam biarpun tahu undang-undang Islam hanya boleh dikuatkuasakan terhadap mereka yang beragama Islam.

Banyak lagi contoh yang mempamerkan sifat cauvinis, rasis dan anti-Islam DAP. Pokoknya, parti tersebut langsung tidak pernah memikirkan soal perpaduan, kemakmuran atau kebenaran dan hanya melakukan sesuatu yang difikirkan menguntungkan pihak kepimpinan ataupun kepentingan peribadi mereka.

Perkara ini diakui oleh majoriti umat Islam di tanah air. Mereka tahu bahawa DAP teramat bencikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan terdesak menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boneka secepat mungkin.

Loading...

Persoalannya, mengapakah Ramkarpal tiba-tiba ‘menyerang’ pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Latheefa?

Bukankah pembongkaran “klip audio Najib” mampu mengaibkan kedua-dua Najib dan Rosmah dengan menimbulkan keraguan dan kebencian masyarakat Melayu-Islam terhadap mereka?

Bukankah ini akan membantu DAP ‘membuktikan’ bahawa segala dakwaan yang dibuat oleh parti berkenaan berhubung Najib dan Rosmah sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 semuanya benar belaka?

Saya tahu jawapannya, tetapi apakah saudara saudari mampu melihat apa yang saya lihat dan teka sebab sebenar DAP tidak berpuas hati dengan Latheefa?

Bersambung…

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...