Isu konsesi balak Kedah: Siapa bercakap benar, Mahathir atau Menteri Besar baharu?

“Tujuan saya membuat analisis ini adalah bagi memastikan semua fakta kes adalah teratur, tertib dan bebas propaganda tanpa perlu saya memihak kepada sesiapa”

Raggie Jessy Rithaudeen

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kerajaan baharu negeri Kedah susulan laporan berita yang mendakwa ‘Kedah sedia pertimbang buka kembali konsesi balak’.

Menurut Mahathir, kerajaan terdahulu menghentikan konsesi balak untuk menyelamatkan kawasan tadahan air bagi membantu 4 juta penduduk.




“Dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk memberi bekalan air kepada sawah di Kedah & perlis. Pengeluar 50% sumber beras negara.

“Kini, Konsesi balak mahu dibuka semula untuk mengisi poket si pembalak. Kini, si pembalak diagungkan dan kepentingan rakyat dan petani digadaikan,” katanya.

Semalam, kerajaan negeri menafikan mahu membuka kembali konsesi balak dan berkata ia hanya cadangan untuk menyelesaikan masalah berbangkit selepas kelulusan konsesi pembalakan sebelum ini dibatalkan.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan berkata, pihaknya perlu memberi penjelasan berhubung laporan berita ‘Kedah sedia pertimbang buka kembali konsesi balak’ berikutan ia mencetuskan kekeliruan dan polemik dalam kalangan netizen.

“Masalah yang berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.

“Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Muhamad berkata tidak timbul soal memberikan kawasan ganti pembalakan jika Kedah “bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1 bilion.”

Loading...

Mahathir bagaimanapun menyangkal dakwaan ini dan mencabar kerajaan negeri Kedah buktikan wujud saman RM1 bilion.

“Takut disaman pembalak? Katanya ada saman RM1 bilion? Sanggup tunduk ke pembalak? Buktikan saman RM1 bilion itu wujud dan kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar.”

Jadi apakah perkembangan sebenar isu “konsesi balak” ini dan siapakah yang bercakap benar? Telitilah fakta-fakta berikut, dan buatlah keputusan sendiri:

1. Kedah memiliki 300,000 hektar kebanyakannya hutan dara dan lebih separuh daripadanya membentuk kawasan hutan Ulu Muda.

2. Selama bertahun-tahun, kerajaan negeri itu membenarkan penebangan antara 3,000 hingga 12,000 hektar setahun untuk tujuan pembalakan.

3. Pada 2011, kerajaan pimpinan PAS pada ketika itu meluluskan penebangan 12,909 hektar hutan dengan jumlah hasil daripada premium balak sebanyak RM74.92 juta pada tahun itu.

4. Kemudian, setalah pentadbiran Kedah di ambil alih oleh Barisan Nasional pada tahun 2013, Menteri Besar baharu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengumumkan pemberhentian sementara semua aktiviti pembalakan.

5. Pada bulan Febuari 2014, Barisan Nasional menjelaskan aktiviti pembalakan yang beroperasi di Kedah adalah tender dan konsesi balak yang diluluskan kerajaan PAS terdahulu memandangkan Barisan Nasional tidak pernah meluluskan sebarang konsesi semenjak mengambil alih pentadbiran kedah.

6. Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah pada ketika itu, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

7. Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

8. “Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

9. “Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman.

10. Pada 19hb Ogos 2015, Mukhriz memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri Kedah bahawa kerajaan negeri terpaksa meneruskan pengeluaran lesen penebangan balak kepada syarikat konsesi memandangkan kelulusannya sudah diperoleh sejak pentadbiran Pas, tiga tahun lepas.

11. Menurut Mukhriz, proses mengeluarkan lesen tersebut memakan masa yang panjang bermula dari proses permohonan, kelulusan, dan penandaan.

12. “Ia makan masa, dalam kesemua projek atau konsesi ini, kelulusan telah dikeluarkan sebelum kerajaan ini lagi, kemudian lesen itu mesti dikeluarkan setelah kerja-kerja telah diselesaikan,” katanya.

13. Mukhriz kemudian dipaksa meletakan jawatan pada 3hb Febuari 2016 susulan kemelut politik yang melanda melibatkan konflik antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan ayah Mukhriz, Mahathir.

14. Pada bulan Mei 2018, kerajaan pimpinan Barisan Nasional ditumpaskan oleh Pakatan Harapan yang pada ketika itu dipengerusikan oleh Mahathir.

15. Susulan kekalahan itu, Pakatan Harapan membentuk kerajaan bahau di negeri Kedah dan menamakan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar, kali ini, sebagai calon Pakatan Harapan, bukan Barisan Nasional.

16. Sekembalinya Mukhriz ke tampuk kepimpinan negeri, isu pembalakan kembali menjadi perhatian susulan tindakan Mukhriz sebelum ini menghentikan sementara pembalakan atas desakan kumpulan-kumpulan alam sekitar.

17. Justeru, pada bulan Mac 2019, kerajaan negeri bawah pimpinan Mukhriz mewartakan kawasan hutan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air dan hutan simpan, sekaligus bermakna hutan di situ tidak boleh diusik untuk aktiviti pembalakan dan lain-lain aktiviti.

18. Atas keputusan inilah timbul isu ‘pampasan’ kepada syarikat konsesi balak.

Tujuan saya membuat analisis ini adalah bagi memastikan semua fakta kes adalah teratur, tertib dan bebas propaganda tanpa memihak kepada sesiapa.

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...