“Saya nasihatkan umum terus layari www.thethirdforce.net atau raggiejessyrithaudeen.com setiap hari dan kurangkan bergantung pada posting facebook. Saya juga syorkan semua untuk muat turun “Tor Browser” kerana tidak mustahil DAP cuba sekat laman-laman web. DAP ni memang tidak boleh terima kritikan”
Raggie Jessy Rithaudeen
Sebentar tadi, saya menerima satu notis dari Facebook yang menyekat saya daripada menggunakan beberapa ciri media sosial berkenaan bagi tempoh seminggu (lihat gambar di bawah).
Tidak ada sebab yang diberikan, malah, seperti umum sedia maklum, apa-apa usaha oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan penjelasan dari Facebook lazimnya tidak akan berhasil dan buang masa.
Apa yang saya perhatikan ialah perkara ini sentiasa berlaku apabila individu-individu berikut dikritik hebat:
1. Lim Guan Eng
2. Lim Kit Siang
3. Liew Chin Tong
4. Ramasamy
Semenjak isu LTTE mula timbul dan ketiga-tiga Ramasamy, Kit Siang dan Guan Eng dikritik, ramai pengguna Facebook ditimpa masalah yang sama dan tidak diberitahu mengapa sekatan berlaku.
Malah, setiap posting yang bersangkut dengan pemimpin-pemimpin ini turut akan mempunyai “reach” yang kelihatan seolah-olah diperlahankan dengan sengaja.
Sebelum ini, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) menjadi mangsa apabila Facebook mereka ditekan apabila membuat posting berhubung salah seorang ADUN DAP yang dikaitkan dengan jenayah rogol.
Apakah ini ada hubungkaitnya dengan Gobind Singh Deo, iaitu menteri DAP yang dipertanggungawabkan mengendali Kementerian Komunikasi dan Multimedia?
Apakah DAP mempunyai wakil dalam Facebook yang membantu parti tersebut buat sekatan-sekatan media sebaik sahaja pemimpin parti tersebut dikritik?
Inikah yang dikatakan kebebasan media ala Malaysia Baharu?
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
