
GERAKAN BANGSA NASIONAL
Kenyataan YB Khalid Samad tempoh hari bahawa tidak salah bagi kita mengasihani orang-orang Tamil di Sri Lanka begitu dangkal sekali, lebih-lebih lagi memandangkan ianya datang dari seorang yang memegang jawatan menteri dalam Kerajaan Malaysia.
Begitu juga kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang semalam bertanyakan sekiranya AS1 juta yang kononnya disalurkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak bagi membantu golongan Tamil Sri Lanka satu bentuk sokongan kepada Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).
Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional, Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup, yang memberi perumpamaan dirinya sendiri yang memegang pada tuntutan Islam dan berpaksi pada kebenaran dan keadilan.
“Sekarang saya kata Kit Siang ini bodoh kerana bertanyakan soalan demikian, adakah ini bermakna saya ini disogok oleh ‘kem Najib’ ataupun saya ini penyokong ‘kem Najib’?
“Salah ke saya mengasihani Najib kerana terpaksa dihadapkan dengan kenyataan-kenyataan dangkal sebegini?
“Lebih-lebih lagi kita sebagai orang yang prihatin, salah ke kita mengasihani mereka yang teraniaya, tersepit atau terpaksa mendengar leteran golongan yang termakan ‘beras bodoh’?
Menurut Rosdzaman, memang ada golongan Tamil di Sri Lanka yang tersepit, tersisih dan teraniaya, bukan kerana mereka sebahagian dari LTTE, tetapi kerana terpaksa menanggung kesusahan akibat dari konflik LTTE dengan kerajaan Sri Lanka.
“Bukan semua golongan Tamil yang tersepit di Sri Lanka menyokong LTTE, ada yang menjadi mangsa keadaan. Memang tak salah pun kita mengasihani golongan tersepit, kan?
“Khalid Samad faham tak logik ini?
“Sama seperti Abu Sayaf, tindak tanduk mereka turut mengaibkan segolongan besar warga Muslim di Filipina yang tak semestinya sokong kumpulan tersebut.
“Andaikata saya mengasihani mereka (yang tersepit), adakah ini bermakna saya penyokong kumpulan Abu Sayaf?
Rosdzaman menasihatkan Kit Siang dan Khalid supaya lebih menumpukan perhatian terhadap percubaan beberapa ahli DAP untuk hidupkan LTTE di Malaysia daripada mengalih perhatian rakyat dengan kenyataan dangkal.
“Tak perlu kaburi mata rakyat dengan kenyataan-kenyataan bodoh, sebab kelakuan ahli-ahli DAP yang ditangkap oleh PDRM tempoh hari memang diayaki bersangkut-paut dengan keganasan.
“Rakyat bukan bodoh, rakyat dah sedar”
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
