ISU LTTE, PEMBEKUAN AKAUN DAP: LAPORAN POLIS DAN SIDANG MEDIA

“Saya menggalakkan kumpulan-kumpulan aktivis, NGO-NGO serta wakil-wakil parti politik dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk turun beri sokongan ataupun membuat laporan bersama”

Raggie Jessy Rithaudeen

Pihak Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan membuat satu laporan polis terhadap parti DAP dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, pada pukul 3 petang esok (Sabtu) bersamaan 19hb Oktober 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya.




Laporan tersebut bertujuan antaralain untuk meminta pihak PDRM bekerjasama dengan pihak Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membekukan akaun-akaun bank milik Ramasamy dan DAP bagi mengesan transaksi kewangan melibatkan mana-mana organisasi pengganas, termasuk LTTE.

Ini memandangkan PDRM sudahpun mengesahkan berlakunya transaksi kewangan dalam jumlah yang besar yang dipercayai untuk menggerakkan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) di negara ini.

Laporan ini turut didorong oleh penahanan empat ahli parti DAP sehingga kini di mana pihak E8 dari Bukit Aman mengesan aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, mengalakkan dan mencari dana serta pemilikan item berkaitan dengan kumpulan pemberontak itu.

Laporan tersebut akan disusuli satu sidang media pada pukul 4.30 petang di perkarangan luar IPD yang sama di mana pihak media akan diberi maklumat terperinci secara bertulis dan lisan tujuan laporan  dibuat.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi WhatsApp berikut (selepas pukul 1 petang):

+6016-404 9082

Saya menggalakkan kumpulan-kumpulan aktivis, NGO-NGO serta wakil-wakil parti politik dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk turun beri sokongan ataupun membuat laporan bersama.

Loading...

Saya turut mengalu-alukan kehadiran wakil daripada media tempatan yang berminat dan dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...