Isu LTTE: Ramasamy berserta tiga pemimpin PH dakwa penahanan dua ADUN DAP ‘tak masuk akal’

Menurut Ramasamy dan tiga lagi pemimpin India dari PH, gerakan pemisah Tamil itu telah berkubur ketika perang saudara 2009 di mana kebanyakan pemimpinnya telah dibunuh atau dipenjara. Sumber (gambar): Fail TTF

Penahanan dua wakil rakyat DAP dan lima yang lain kerana didakwa ada ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)  tidak masuk akal, kata empat pemimpin India Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Menurut empat pemimpin itu, telah menjadi kebiasaan bagi pertubuhan bukan kerajan Tamil untuk mengadakan majlis memperingati mereka yang terkorban dalam perang saudara tersebut di mana mereka akan menyanyi dan berdoa.

Sehubungan dengan itu, kata mereka, adalah tidak masuk akal mengapa kedua-dua wakil rakyat dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

SOSMA, menurut mereka, sepatutnya dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan tetapi penyalahgunaan akta tersebut berterusan.


KUALA LUMPUR: Penahanan dua wakil rakyat DAP dan lima yang lain kerana didakwa ada ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)  tidak masuk akal, kata empat pemimpin India Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof P. Ramasamy; ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy; Exco Selangor, V. Ganabatirau; dan Exco Johor S. Ramakrishnan.




Menurut mereka, gerakan pemisah Tamil itu telah berkubur ketika perang saudara 2009 di mana kebanyakan pemimpinnya telah dibunuh atau dipenjara.

Kata mereka lagi, simpati penduduk etnik Tamil di Malaysia terhadap mangsa-mangsa yang terkorban semasa kemuncak perang saudara di Sri Lanka sama seperti umat Islam di negara ini yang bersimpati terhadap penduduk Palestin dan Rohingya.

“Semasa perang saudara di Sri Lanka, ratusan malah ribuan etnik Tamil yang tidak berdosa telah cedera dan dibunuh. Kaum wanita juga diperkosa dan didera secara seksual.

“Adalah sesuatu yang semulajadi bagi masyarakat Tamil untuk berasa simpati dan mengambil berat apa yang terjadi kepada etnik tersebut di Sri Lanka,” kata mereka.

Menurut empat pemimpin itu, telah menjadi kebiasaan bagi pertubuhan bukan kerajan Tamil untuk mengadakan majlis memperingati mereka yang terkorban dalam perang saudara tersebut di mana mereka akan menyanyi dan berdoa.

Sehubungan dengan itu, kata mereka, adalah tidak masuk akal mengapa kedua-dua wakil rakyat dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

SOSMA, menurut mereka, sepatutnya dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan tetapi penyalahgunaan akta tersebut berterusan.

Loading...

Katanya, adalah tidak bertanggungjawab untuk menahan dan mendakwa mereka sedangkan tidak wuud sebarang kaitan dengan LTTE.

“Cakap-cakap mengenai kemunculan semula LTTE tidak boleh diterima akal dalam konteks Malaysia.

“Kami menggesa kerajaan membebaskan mereka segera tanpa sebarang syarat. Penahanan tersebut menyanggah keadilan dan tidak boleh dihalalkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan,’ kata mereka.

Dua wakil rakyat DAP  iaitu exco negeri Melaka yang merupakan ADUN Gadek, G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaranitu antara tujuh suspek ditahan hari ini kerana disyaki terlibat aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak dan mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Kedua-duannya  ditahan dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kedah antara pukul 9 pagi hingga 2 petang

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis telah menjalankan siastaan ke atas suspek-suspek sejak November tahun lalu bertindak atas risikan, siasatan dan maklumat awam.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...