Raggie Jessy Rithaudeen
ايسو لوچوت حق: درڤد ڤوتر عالم د فاچبووق، چوبا نجيب نافي فكتا اين…
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pada 3hb September 2021, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu posting di Facebook rasmi beliau, berbunyi:
“Semalam, mahkamah rayuan kekalkan keputusan mahkamah tinggi untuk tolak permohonan lucut hak 9 responden.
“Mahkamah kata pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan ianya adalah duit 1MDB ataupun dari aktiviti haram.
“Memang bukanpun wang 1MDB sebab dana yang disebut RM2.6b itu sudah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.
“Yang saya terima adalah dana sekurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi untuk kegunaan sesuka hati saya.
“Itupun saya tak guna untuk peribadi saya tetapi telah diagihkan untuk kerja CSR secara terus ataupun melalui progran-program parti politik.”
Ingin saya tegaskan di sini bahawa kegagalan pihak pendakwaan membuktikan bahawa dana yang menjadi tumpuan kes adalah duit 1MDB atau dari aktiviti haram tidak bermakna dana itu bukan duit 1MDB ataupun dari aktiviti haram.
Ianya hanya mengesahkan bahawa pihak pendakwaan tidak memiliki bukti secukupnya, sekaligus bermakna dana itu boleh jadi duit 1MDB atau dari aktiviti haram atau pun sama sekali tidak melibatkan 1MDB atau aktiviti haram.
Saya juga ingin menegaskan bahawa Najib sendiri mengaku dalam temuramah bersama Al Jazeera bahawa beliau tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan hanya mengagak bahawa sumbangan itu dari Arab Saudi.
Ini bermakna, Najib dan sel-sel media berkait kerajaan telah memperdaya rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 bahawa dana RM2.6 bilion itu diberikan oleh Raja Arab Saudi dan perkara ini diketahui oleh Najib secara sah.
Itulah pokoknya, bukannya kisah siapa pulangkan banyak mana dan sebagainya.
BACA JUGA: ZAHID MENGESAHKAN NIAT SEBENAR KLUSTER MAHKAMAH
Najib kemudiannya mendakwa bahawa 100% kes lucut hak yang dikenakan kerajaan Pakatan Harapan dahulu sudah kalah.
Beliau menulis:
“Selepas PRU14 pula, hampir 100% kes lucut hak yang dikenakan peguam negara kerajaan PH dahulu sudah kalah.
“.. ianya jelas menunjukkan ada unsur salah guna kuasa berdasarkan politik untuk menyusahkan pihak lawan.”
Rumusan ini amat berbahaya, kerana tidak ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh mana-mana hakim yang membawa maksud “kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes mereka jelas menunjukkan ada unsur salah guna kuasa berdasarkan politik.”
Najib juga gagal menyelitkan sebarang bukti yang mampu mengesahkan kewujudan “salah guna kuasa berdasarkan politik” sepertimana yang didakwanya di Facebook.
Jika dibaca bersama hujah-hujah terdahulu (di atas), Najib telah menimbulkan persepsi seolah-olah pihak pendakwaan tahu bahawa dana yang menjadi tumpuan kes bukan duit 1MDB atau dari aktiviti haram tetapi sengaja mendakwa Najib atas sebab politik.
Bukan hanya ini mampu mengelirukan rakyat berkenaan maksud sebenar keputusan mahkamah, ianya bersifat menghina badan penghakiman yang sudah memutuskan kes dan mampu mempengaruhi kes-kes yang sedang berjalan.
Saya sarankan agar Najib menarik balik kenyataan yang dibuat atau segera membuat laporan polis jika ada bukti kukuh yang menunjukkan wujud unsur salah guna kuasa berdasarkan politik untuk menyusahkan pihak lawan.
WAJIB BACA:
