ISU MOU: LAPORAN POLIS DIBUAT, ANWAR WAJAR LETAK JAWATAN – USUL PERCAYA TIDAK LAGI BERMAKNA

“Dengan mengambil kira “elemen jenayah” yang wujud, dan disebabkan MoU ini mentafsirkan secara palsu dan tidak berperlembagaan status kerusi Dewan Rakyat bagi ahli parti yang tidak menyokong Perdana Menteri, maka sebarang usul percaya, sekali pun memihak kepada Perdana Menteri, sukar dipercayai dan akan sentiasa dibelengui soal legitimasi. Saksikan live yang menjelaskan perkara ini DI SINI ATAU DI DALAM BAWAH ARTIKEL INI

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو مواو: لاڤورن ڤوليس دبوات، انور واجر لتق جاوتن – اصول ڤرچاي تيدق لاڬي برمعنى

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memikul tanggungjawab moral dan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara pihak kerajaan pimpinannya dan ketua-ketua beberapa gabungan dan parti politik.

MoU yang dimaksudkan ditandatangani bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hajiji Noor dan Abang Johari, antara lain.

Dalam MoU tersebut, wujud klausa-klausa yang bersempadankan atau berbaur kepada suatu tindakan jenayah.




Menurut MoU ini, setiap parti yang terlibat bersama mesti memastikan bahawa ahli parlimen mereka menyokong kerajaan pimpinan Anwar dalam sebarang usul atau rang undang-undang kepercayaan di Dewan Rakyat.

Ini adalah ‘ketetapan’ yang tidak berperlembagaan dan tidak mungkin dikuat kuasakan, dan boleh ditafsirkan sebagai “ugutan” atau “paksaan” terhadap ahli-ahli parlimen untuk menyokong Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Artikel bersambung di bawah video ini:

Di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan, jika ada sesiapa yang cuba mempengaruhi atau menghalang seseorang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang ahli Dewan Rakyat itu berkuasa atau berhak untuk lakukan di bawah undang-undang, maka dia dikira sebagai melakukan jenayah dan boleh dihukum penjara bagi tempoh tujuh tahun.

Memang sah wujud elemen paksaan dalam MoU berkenaan, dan ini adalah berdasarkan kewujudan satu klausa yang mentafsirkan, secara palsu, bahawa kegagalan ahli-ahli parlimen menyokong Perdana Menteri boleh menyebabkan mereka hilang kerusi di Dewan Rakyat.

Hakikatnya, selagi perlembagaan parti politik tidak dipinda untuk menyatakan dengan jelas bagaimana seorang ahli parti yang turut merupakan ahli Dewan Rakyat dianggap “telah keluar parti,” selagi itulah ahli berkenaan tidak boleh diarahkan kosongkan kerusinya di Dewan Rakyat, semata-mata kerana dipecat daripada parti atau melanggar ketetapan parti.

Loading...

Dengan mengambil kira “elemen jenayah” yang wujud, dan disebabkan MoU ini mentafsirkan secara palsu dan tidak berperlembagaan status kerusi Dewan Rakyat bagi ahli parti yang tidak menyokong Perdana Menteri, maka sebarang usul percaya, sekali pun memihak kepada Perdana Menteri, sukar dipercayai dan akan sentiasa dibelengui soal legitimasi.

Ini bermakna, keabsahan kerajaan pimpinan Anwar mustahil ditentukan secara efektif, dan memandangkan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri dalam keadaan beliau tidak memiliki majoriti, beliau akan sentiasa bergelar “Perdana Menteri kerajaan minoriti.”



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...