ISU MURTAD: UMAT ISLAM SELURUH NEGARA DIGALAKKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP G25 ESOK [VIDEO]

Raggie Jessy Rithaudeen

Umat Islam di seluruh negara digalakkan turun beramai-ramai buat laporan polis esok (Sabtu, 18hb Januari 2020) terhadap kumpulan G25 di balai polis berhampiran anda. Tujuan laporan dibuat adalah sepertimana yang dijelaskan menerusi video di bawah (jika video ini mengambil masa yang lama untuk muncul, rujuk terus di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen – video ini terpapar di sana. Untuk makluman, saya dihalang membuat live atas sebab-sebab yang tidak dapat dikenalpasti menyebabkan ‘reach’ dan ‘view’ video ini berkurang). Sampel laporan polis yang akan saya buat adalah sepertimana yang tentera di bawah video ini.




ISU MURTAD: UMAT ISLAM WAJIB BANGKIT ESOK MENENTANG G25

G25 CUBA CABAR KEMULIAAN ISLAM MENERUSI PENIPUAN, AJARAN SESAT

Posted by Raggie Jessy Rithaudeen on Friday, January 17, 2020

SAMPEL LAPORAN (IKUT SAMPEL INI HANYA JIKA ANDA FAHAM DAN BERSETUJU DENGAN KANDUNGANNYA, ATAU BUAT LAPORAN RINGKAS MENURUT PEMAHAMAN ANDA SENDIRI BERHUBUNG ISU MURTAD YANG DIBAWA G25)

PADA TARIKH ___ PADA PUKUL ___ DI KAWASAN ___, SAYA TERBACA SATU LAPORAN PORTAL MALAYSIAKINI BERTARIKH 16HB JANUARI 2020 DI MANA KUMPULAN G25 DIKATAKAN TELAH MENGELUARKAN LAPORAN BERJUDUL “ADMINISTRATION OF MATTERS PERTAINING TO ISLAM.”

LAPORAN INI DILANCARKAN SECARA TERBUKA PADA 11HB JANUARI 2020 DI PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA (PAUM) DAN DIHADIRI OLEH INDIVIDU, BADAN BUKAN KERAJAAN, PIHAK LUAR NEGARA SEPERTI DIPLOMAT DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DAN JUGA MEDIA.

LAPORAN TERSEBUT BERKEMUNGKINAN BESAR TELAH MENYALAH TAFSIR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENYEBABKAN TIMBULNYA CADANGAN MEMBENARKAN UMAT ISLAM TINGGALKAN ISLAM. BERDASARKAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAKINI BERTARIKH 16HB JANUARI 2020, G25 MENYOKONG HUJAH MEREKA DENGAN ALASAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMBENARKAN KEBEBASAN BERAGAMA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

PADA TAFSIRAN SAYA, HUJAH G25 INI JAUH TERSASAR DARI KEBENARAN DAN MERUPAKAN PERKARA YANG SEHARUSNYA DIBINCANGKAN DENGAN LEBIH BERHATI-HATI DAN TELITI. SAYA MENGESYAKI G25 SENGAJA CUBA MENGELIRUKAN MASYARAKAT DENGAN MEMBUAT ANDAIAN-ANDAIAN BERHUBUNG ‘NIAT SEBENAR ’PARA PENGASAS NEGARA’ WALHAL PERKARA YANG SEPATUTNYA MENJADI BAHAN RUJUKAN IALAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA, SEBAGAI SATU DOKUMEN MENYELURUH.

Loading...

DALAM PADA MASYARAKAT MAJMUK DAN KHUSUSNYA, MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM, DIBEBANI DENGAN POLEMIK BERKAITAN AGAMA DAN KAUM, TIBA-TIBA KUMPULAN INI MUNCUL ENTAH DARI MANA DAN DILIHAT MENGUCAR-KACIRKAN KEADAAN DENGAN MEMBINCANGKAN ISU SENSITITF SECARA TERBUKA DAN MENGELUARKAN LAPORAN YANG MENGELIRUKAN YANG SAYA FIKIR MENGHINA UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA.

G25 SEHARUSNYA MENJAGA SENSITIVITI UMAT ISLAM DAN MEMBUAT RUJUKAN-RUJUKAN DAN SYOR-SYOR YANG TERKANDUNG DALAM LAPORAN ITU SECARA TERTUTUP DAN MENURUT LUNAS UNDANG-UNDANG. APA YANG MEREKA LAKUKAN MAMPU MENGAPI-APIKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM DAN MENIMBULKAN SATU SUASANA YANG CUKUP TEGANG YANG MAMPU MENJURUS KEPADA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI.

JUSTERU, SAYA MERAYU KEPADA KETUA POLIS NEGARA, DATUK SERI ABDUL HAMID BADOR UNTUK MENELITI TINDAK-TANDUK G25 DAN MENYIASAT MOTIF KUMPULAN INI DARI SEGALA ASPEK, TERMASUK PERCUBAAN MENGHINA UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA DAN JUGA RAJA-RAJA MELAYU (SELAKU KETUA-KETUA AGAMA ISLAM DI NEGERI MASING-MASING), TERMASUKLAH YANG DI-PERTUAN AGONG (SELAKU KETUA AGAMA ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN DI EMPAT BUAH NEGERI YANG BERGABENOR).

SAYA MENGESYORKAN G25 DISIASAT DI BAWAH AKTA SOSMA 2012 KERANA TINDAK-TANDUK MEREKA MENGANCAM KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA DAN JUGA SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA KUMPULAN-KUMPULAN LAIN YANG MUNGKIN CUBA TIMBULKAN SUASANA HURU-HARA. SELEBIHNYA AKAN SAYA CERITAKAN SECARA PERIBADI KEPADA PEGAWAI PENYIASAT.

SEKIAN LAPORAN SAYA

Nota: Saya akan buat laporan di IPD Subang Jaya pada pukul 3.30 petang.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...