
Enam lelaki termasuk Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, didakwa dengan 32 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad kepada warga asing.
Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Mohd Faizul Ariffin, 34, didakwa dengan 11 pertuduhan, membabitkan dua mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM); Seksyen 466 Kanun Keseksaan (empat pertuduhan), dan Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dengan lima pertuduhan.
Semalam, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad dan dokumen pengenalan diri kepada warga China yang didalangi pegawai JPN negeri.
Susulan itu, 20 individu yang berumur antara 32 hingga 70 tahun ditahan dalam operasi khas oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.
GEORGETOWN: Enam lelaki termasuk Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, didakwa dengan 32 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad kepada warga asing.
Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Mohd Faizul Ariffin, 34, didakwa dengan 11 pertuduhan, membabitkan dua mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM); Seksyen 466 Kanun Keseksaan (empat pertuduhan), dan Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dengan lima pertuduhan.
Selain Mohd Faizul, lima lagi tertuduh yang kesemuanya rakyat tempatan ialah Datuk Lai Chin Wah, 56, Loh Chan Cheong, 34, Chien Guan Chai, 36, Yap Cheng Wah, 44, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 56.
Mohd Faizul didakwa membuat dan memalsukan kad pengenalan dan sijil kelahiran atas nama Ewe Chor Beng dan Tan Xiu Xiu, selain mengeluarkan kad pengenalan atas nama Lim Hock Eng, Yang Xiaohong, dan Pheh Jin Leong, yang kesemuanya adalah warga China.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu sejak 20 September 2018 sehingga 3 Mei lalu di JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan di Jalan Anson, di sini.
Sementara itu, Chan Cheong, Chin Wah, Cheng Wah, Guan Chai, dan Mohd Faizal didakwa kerana menjual kad pengenalan dan sijil kelahiran atas nama Ewe Chor Beng, antara 1 Mac hingga 31 Mac lalu, di mana mereka didakwa mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Bagi kesalahan itu, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan denda tidak kurang RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000, atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Chin Wah, Chan Cheong, Guan Chai, dan Cheng Wah, didakwa bersubahat dengan Mohd Faizul memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng pada 1 Januari hingga 31 Januari lalu, di JPN Pulau Pinang
Guan Chai juga turut didakwa bersubahat dengan Mohd Faizul memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Tan Xiu Xiu, antara April dan Mei lalu, di JPN Pulau Pinang.
Bagi semua kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Kesemua kes itu dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 dan 2, Georgetown di hadapan Hakim Salha Hamzah dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim, dan tiada jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh, selain kes akan disebut semula pada 18 September ini.
Mohd Faizul diwakili peguam Sukhindarpal Singh, Chin Wah diwakili Dr N Ahilan, dan Lee Kean Wooi mewakili Chan Cheong dan Cheng Wah.
Mohd Faizal dan Guan Chai yang mempunyai hubungan sebagai bapa dan menantu, diwakili peguam Datuk Ranjeet Singh.
Semalam, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad dan dokumen pengenalan diri kepada warga China yang didalangi pegawai JPN negeri.
Susulan itu, 20 individu yang berumur antara 32 hingga 70 tahun ditahan dalam operasi khas oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.
Sumber:
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
