Isu Pengganti Muhyiddin: Saya Lihat PAS Sedang Beli Masa, Tanda-Tanda Kebuntuan Jelas

Raggie Jessy Rithaudeen

FMT menulis (komen saya di bawah):

Seorang pemimpin PAS menafikan laporan yang parti itu buntu mencapai persetujuan mencari pengganti Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN), walaupun berhasrat mengambil alih jawatan itu.




Naib Presiden Idris Ahmad mendakwa laporan media itu tidak benar dan sekadar sumber propaganda sengaja diwujudkan.

———–

Komen saya:

Biar PAS kata apa sekalipun, sehingga hari ini, lebih 25 hari setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengundurannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), PAS masih tidak mampu memberi nama pengganti beliau.

Kenapa?

Buat apa kenyataan demi kenyataan ‘pemberi keyakinan’ yang tidak berguna, kenapa tidak namakan sahaja siapa pengganti itu?

Pada pengamatan saya, PAS memang buntu sebab parti itu berpuak.

Loading...

Kalau dipilih Hadi atau Tuan Ibrahim, golongan professional mungkin tidak puas hati.

Kalau pilih Samsuri, golongan ulamma pula tidak setuju.

Kalau pilih Sanusi, golongan professional dan ulamma mungkin tidak setuju.

Baru-baru ini, PAS mendakwa mereka ‘belum terima jemputan untuk mesyuarat PN.’

Bukankah pelik kenyataan itu?

Bukankah PAS sebahagian PN, bermakna penentuan mesyuarat perlu dibuat PAS bersama Bersatu dan Gerakan, antara lain?

Jadi apa cerita pula nak kena tunggu ‘jemputan’?

Jangan lupa, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah meminta diadakan mesyuarat tergempar, dan permintaan itu dibuat pada 14 Januari, 17 hari selepas Muhyiddin mengumumkan pengundurannya.

Kini, sudah 9 hari berlalu, dan PAS masih boleh berkata dia tidak terima ‘jemputan’??

Hadi turut menyarankan agar mesyuarat itu menumpu kepada soal mengesahkan pengunduran Muhyiddin, bermakna perkara itu masih perlu dimuktamadkan dan terbuka kepada perbincangan.

Hadi memberi bayangan bahawa soal pengganti Muhyiddin boleh ditentukan kemudian, setelah pengunduran Muhyiddin dimuktamadkan.

Bukankah ini ‘pengeshan’ daripada Hadi sendiri bahawa pengunduran Muhyiddin bukan satu kepastian?

Namun, bila ditekan, PAS tiba-tiba mendakwa pengganti Muhyiddin sudah diputuskan, dan beliau adalah orang PAS.

Kalau sudah putuskan, kenapa susah sangat hendak namakan terus orang itu?

Bila awak baca semua ini, bukankah awak rasa PAS tengah buntu soal pengganti Muhyiddin?

Bagi saya lah, PAS tengah bermain propaganda setelah ‘sangkut’ dalam percaturannya sendiri.

SEKADAR PEMERHATIAN DAN PENDAPAT



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...