Isu penyokong pembangkang disuruh duduk blok kerajaan timbulkan kontroversi

Setiausaha Agung PSB, George Lo dilaporkan sebagai berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan PSB adalah parti komponen gabungan GPS. Sumber (gambar): Fail TTF

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, semalam menjelaskan beliau menyokong pembangkang sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri Sarawak tetapi diberi tempat duduk di blok kerajaan.

Sususan kerusi barisan penyokong kerajaan ketika sidang sehari Dewan Rakyat berlangsung Isnin lalu memberi gambaran kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mendapat sokongan majoriti tipis 114 ahli parlimen.

Walaubagaimanapun, kenyataan Kujat menjadikan angka ini 113 dan menimbulkan tanda tanya samada wujud lagi penyokong pembangkang yang ditempatkan di blok kerajaan.

TTF difahamkan terdapat beberapa ahli parlimen yang mengambil sikap “tunggu dan lihat” dan enggan memberi ulasan berhubung susuan tempat duduk.

Ahli-ahli parlimen ini dikatakan penyokong pembangkang tetapi tidak berpuas hati dengan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak sehaluan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, semalam menjelaskan beliau menyokong pembangkang sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri Sarawak.

Dalam satu kenyataan sepertimana yang dilaporkan, Kujat, yang merupakan ahli Parti Bersatu Sarawak (PSB), berkata beliau diberikan tempat duduk bersama penyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat.




“Oleh kerana tempat duduk itu telah ditetapkan, saya tidak mempunyai pilihan selain duduk di tempat yang ditetapkan untuk saya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah anggota majlis presiden PSB dan PSB adalah parti pembangkang di peringkat persekutuan dan negeri.

“Saya tidak seharusnya diatur oleh speaker untuk duduk dengan barisan ahli parlimen PN kerana PSB tidak menyokong PN,” katanya.

Sususan kerusi barisan penyokong kerajaan ketika sidang sehari Dewan Rakyat berlangsung Isnin lalu memberi gambaran kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mendapat sokongan majoriti tipis 114 ahli parlimen.

Walaubagaimanapun, kenyataan Kujat menjadikan angka ini 113 dan menimbulkan tanda tanya samada wujud lagi penyokong pembangkang yang ditempatkan di blok kerajaan.

TTF difahamkan terdapat beberapa ahli parlimen yang mengambil sikap “tunggu dan lihat” dan enggan memberi ulasan berhubung susuan tempat duduk.

Ahli-ahli parlimen ini dikatakan penyokong pembangkang tetapi tidak berpuas hati dengan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak sehaluan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Sementara itu, Setiausaha Agung PSB, George Lo dilaporkan sebagai berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan PSB adalah parti komponen gabungan GPS.

“Ini tidak betul sama sekali. Kami tidak sokong GPS.

“Pada PRN (Pilihan Raya Negeri) akan datang kami akan bertanding di 65 kerusi menentang GPS.

“PSB akan menjadi alternatif kepada GPS untuk rakyat Sarawak.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...