Isu pertandingan jawatan presiden: Ismail Sabri nasihat Ahmad Maslan ‘jangan ambil alih bidang kuasa RoS’

Ismail Sabri menegaskan sekiranya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya, beliau tidak mahu lagi terus campur tangan dalam hal parti. Sumber (gambar): Fail TTF

اسماعيل صبري نصيحت احمد مسلن ءجاڠن امبيل اليه بيدڠ كواس روسء

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan belum memutuskan sama ada beliau akan mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, ketika ini beliau masih mempertimbangkan perkara itu, malah mengakui pilihan yang akan dibuatnya kelak akan menentukan ‘team’ (pasukan) mana yang menjadi pilihan.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai keputusan PAU 2022 tidak melanggar sebarang perlembagaannya atau peraturan mesyuarat, katanya Setiausaha Agung UMNO itu tidak boleh membuat kenyataan sedemikian.

“Jangan mengambil (alih) bidang kuasa ROS, kerana jabatan itu baru saja menjawab surat dua pihak yang mengadu perkara itu.”


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan belum memutuskan sama ada beliau akan mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, ketika ini beliau masih mempertimbangkan perkara itu, malah mengakui pilihan yang akan dibuatnya kelak akan menentukan ‘team’ (pasukan) mana yang menjadi pilihan.




“Saya belum ambil sebarang keputusan untuk pertahankan jawatan atau sebaliknya…saya masih mempertimbangkan perkara itu.

“Jadi sama ada saya ada ‘team’ (pasukan) atau tidak, (ia) bergantung kepada keputusan itu nanti (bertanding pertahan jawatan atau sebaliknya).

“Jika saya pilih untuk tidak bertanding maka sudah tentu saya tiada ‘team’ (pasukan),” katanya ketika temubual bersama BH hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti.

Selain Mohamed Khaled, sumber berkata seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan turut mempertahankan jawatan, selain Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga dikhabarkan akan merebut jawatan nombor tiga UMNO itu kelak.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 sebelum ini memutuskan dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Tak pernah sebut nak tanding jawatan presiden UMNO, timbalan

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan sekiranya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya, beliau tidak mahu lagi terus campur tangan dalam hal parti.

Loading...

Mengulas keputusan PAU 2022 mengenai jawatan Timbalan Presiden dan Presiden tidak dipertandingkan, katanya setakat ini beliau menghormati keputusan itu.

“Setakat ini saya hormati keputusan PAU 2022, kecuali Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) buat keputusan sebaliknya.

“Kalau ROS buat keputusan lain, kita akan putuskan bila masanya tiba,” katanya.

Ismail Sabri menegaskan sebelum PAU 2022 beliau tidak menyebut sepatah perkataan pun atau menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden.

“Bagi saya kalau nak ‘berlawan’ tidak boleh ramai-ramai, satu jawatan (direbut sampai) tiga empat orang.

“Ini tiada makna, (hanya) menyebabkan UMNO berpecah, jadi saya kata kena tengok dulu keputusan parti ada pertandingan atau tidak.

“Ini kerana saya ada mendengar ura-ura dua jawatan ini tak dipertandingkan,” katanya.

Jangan ambil alih bidang kuasa ROS

Mengulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai keputusan PAU 2022 tidak melanggar sebarang perlembagaannya atau peraturan mesyuarat, katanya Setiausaha Agung UMNO itu tidak boleh membuat kenyataan sedemikian.

“Jangan mengambil (alih) bidang kuasa ROS, kerana jabatan itu baru saja menjawab surat dua pihak yang mengadu perkara itu.

“Saya difahamkan ROS sudah menjawab aduan dua pengadu itu yang mereka sudah menerima aduan itu dan ROS sedang menyiasat, jadi Ahmad Maslan tidak boleh kata begitu.

“Biarkan dulu ROS menyiasat,” katanya.

Sumber berita:

Tajuk:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...