Isu rasis, 3R: Zahid terpaksa berbohong untuk pertahan Lim Guan Eng

Menurut Malaysia Now, China Press melaporkan Lim sebagai berkata, jika “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”. Sumber (gambar): TTF

ايسو راسيس، 3ر: زاهيد بربوهوڠ اونتوق ڤرتاهن ليم ڬوان اڠ

种族主义问题,3R:扎希为林冠英辩护

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Menurut Zahid, ada pihak sengaja memainkan semula isu terbabit dan cuba memburukkan bekas Menteri Kewangan itu.

“Tidak, saya juga membacakan laporan laporan itu. Ia berlaku sudah beberapa lama tetapi ia diulang untuk memburukkan Lim Guan Eng,” katanya.

Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana Zahid mencapai kesimpulan itu, kerana tidak kira insiden perobohan kuil mana yang dimaksudkan oleh Lim, kenyataan Lim secara keseluruhan menghasut pengundi bukan Melayu untuk takut dengan kemaraan gelombang hijau (PN) yang digambarkan ‘anti tempat ibadat bukan Islam’.

Persoalannya, adakah Zahid khuatir UMNO akan dihukum lebih teruk lagi pada Pilihan Raya Negeri disebabkan kenyataan Lim, sehingga terpaksa berbohong kononnya “Ia berlaku sudah beberapa lama tetapi ia diulang untuk memburukkan Lim?”


KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang didakwa sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum ketika menyentuh berkenaan perobohan tokong Buddha atau Cina oleh ‘gelombang hijau’.

Menurut Zahid, ada pihak sengaja memainkan semula isu terbabit dan cuba memburukkan bekas Menteri Kewangan itu.




“Tidak, saya juga membacakan laporan laporan itu. Ia berlaku sudah beberapa lama tetapi ia diulang untuk memburukkan Lim Guan Eng,” katanya.

Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana Zahid mencapai kesimpulan itu, kerana tidak kira insiden perobohan kuil mana yang dimaksudkan oleh Lim, kenyataan Lim secara keseluruhan menghasut pengundi bukan Melayu untuk takut dengan kemaraan gelombang hijau (PN) yang digambarkan ‘anti tempat ibadat bukan Islam’.

Menurut Malaysia Now, China Press melaporkan Lim sebagai berkata, jika “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.

Portal itu turut melaporkan Guan Eng sebagai memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang bahawa “gelombang hijau” itu akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” katanya.

China Press kemudian membuat pindaan kepada petikan ini dengan menggantikan perkataan “tokong” kepada “kuil India” dan mengeluarkan perkataan “Buddha,” menjadikan kenyataan Guan Eng seperti berikut:

“jika gelombang hijau tidak senang dengan kuil India yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya. Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh menyembah dewa mereka.”

Loading...

Ungkapan “gelombang hijau”, iaitu merujuk kepada tema hijau PAS, kerap digunakan pemimpin DAP untuk menggambarkan pencapaian Perikatan Nasional (PN) dan parti Islam itu dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Disember tahun lalu, ayah Guan Eng, Lim Kit Siang, memberi amaran bahawa “gelombang hijau” ini boleh menjurus kepada Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

Persoalannya, adakah Zahid khuatir UMNO akan dihukum lebih teruk lagi pada Pilihan Raya Negeri disebabkan kenyataan Lim, sehingga terpaksa berbohong kononnya “Ia berlaku sudah beberapa lama tetapi ia diulang untuk memburukkan Lim?”

Adakah ini bermakna Zahid mengaku Lim pernah membuat kenyataan rasis sebegini?

RJ RITHAUDEEN

#PMX #Anwar #Zahid #PRN #LimGuanEng



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...