Isu Riza Aziz: Tommy Thomas kantoi menipu?

Thomas berulang kali mendakwa beliau tidak pernah bersetuju dengan representasi Riza dan menuduh pihak SPRM berbohong tentang perkara itu. Sumber (gambar): Fail TTF

ايسو ريز عزيز: تومماي تومس كنتوءي منيڤو؟

Sebuat portal berita (FMT) hari ini mendedahkan maklumat yang disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung keputusan Mahkamah Sesyen memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNNA) kepada Riza Aziz, anak tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut apa yang disampaikan, bekas peguam negara Tommy Thomas didakwa dimaklumkan dan dikemas kini pada setiap masa tentang status permohonan representasi Riza berhubung 5 tuduhan pengubahan wang melibatkan kira-kira RM250 juta.

Thomas bagaimanapun berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan representasi Riza dan menuduh pihak SPRM berbohong berhubung perkara itu.

Tetapi menurut FMT, surat representasi daripada peguam Riza pertama kali dikirim oleh Scivetti & Associates kepada Thomas pada 18hb Nov 2019 dan diterima positif oleh Thomas.

Berdasarkan surat berkenaan, Thomas didakwa telah dimaklumkan oleh seorang pendakwa raya dari SPRM yang memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa representasi Riza sudah diterima oleh Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan.


PETALING JAYA: Sebuat portal berita (FMT) hari ini mendedahkan maklumat yang disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung keputusan Mahkamah Sesyen memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNNA) kepada Riza Aziz, anak tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut apa yang disampaikan, bekas peguam negara Tommy Thomas didakwa dimaklumkan dan dikemas kini pada setiap masa tentang status permohonan representasi Riza berhubung 5 tuduhan pengubahan wang melibatkan kira-kira RM250 juta.




SPRM turut mengesahkan rentetan peristiwa yang membawa kepada pelepasan bersyarat yang diberikan kepada Riza sepertimana ianya diceritakan oleh Peguam Negara yang terkini, Tan Sri Idrus Harun.

“Setiap surat-menyurat oleh peguam Riza kepada Thomas juga disalin kepada kami. Semuanya secara hitam putih, jadi membingungkan bila beliau (Tommy Thomas) kata terkejut dengan keputusan mahkamah minggu lepas,” SPRM dipetik sebagai berkata.

Khamis lalu, Riza dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, membacakan kenyataan kepada mahkamah bahawa sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi.

Sri Ram berkata, selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.

Katanya, melalui terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang bernilai jutaan ringgit.

“Jumlah wang terbabit adalah merujuk kepada perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan dalam kes ini… tertuduh sepanjang proses ini menerima perwakilan perundangan yang kompeten dan mencukupi.

Loading...

“Kesan daripada persetujuan itu, pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh tidak akan diteruskan sementara menunggu terma persetujuan itu dilaksanakan sepenuhnya.

“Pihak pendakwaan melalui keizinan tertuduh dengan ini memohon perintah daripada mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh,” katanya.

Dalam penyelesaian yang diumumkan oleh Mahkamah Sesyen pada 14hb Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membenarkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.

Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

Thomas bagaimanapun berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan representasi Riza dan menuduh pihak SPRM berbohong tentang perkara itu.

Tetapi menurut FMT, surat representasi daripada peguam Riza pertama kali dikirim oleh Scivetti & Associates kepada Thomas pada 18hb Nov 2019 dan diterima positif oleh Thomas.

Berdasarkan surat berkenaan, Thomas didakwa telah dimaklumkan oleh seorang pendakwa raya dari SPRM yang memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa representasi Riza sudah diterima oleh Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan.

Februari lalu, pejabat Thomas didakwa menerima satu salinan surat SPRM kepada mahkamah yang memaklumkan tentang representasi kedua Riza dan meminta perbicaraan ditangguhkan.

Salinan surat itu didakwa mengandungi arahan bertulis dengan tandatangan Thomas yang dilaporkan sebagai berkata, “Saya ingin Wan Shaharuddin, penulis surat ini, memberi penjelasan ringkas kepada saya.”

Idrus mempertahankan langkah membenarkan representasi Riza dengan berkata beliau dimaklumkan bahawa Thomas bersetuju dengan representasi berkenaan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...