
Dewan Pemuda Pas menuntut mana-mana individu termasuk kalangan menteri yang memfitnah Pas menerima dana RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, kenyataan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sekali lagi membuktikan yang Pas tidak menerima sebarang dana 1MDB sepertimana fitnah yang dilemparkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
KUANTAN: Dewan Pemuda Pas menuntut mana-mana individu termasuk kalangan menteri yang memfitnah Pas menerima dana RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, kenyataan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sekali lagi membuktikan yang Pas tidak menerima sebarang dana 1MDB sepertimana fitnah yang dilemparkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Asasnya dalam 41 nama individu itu tiada yang berkaitan Pas, maka kami memohon mana-mana individu termasuk menteri yang menghina Pas untuk buat kenyataan maaf secara terbuka kepada Pas.
“Kalau budiman dan menghormati rakyat silakan minta maaf. Perkara ini sering dimomokkan sebelum PRU-14 yang menyebabkan rakyat termakan dengan dakyah dan fitnah,” katanya dalam sidang akhbar di luar Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini.
Yang hadir sama Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Naib Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan barisan ahli jawatankuasa sayap itu.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, agensi itu telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Latheefa Koya dilaporkan berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada 1MDB.
Sumber:
