ايسو ستوكيڠ بركلمة الله: انور ماهو تيندقن سڬرا ايكوت اوندڠ-اوندڠ
TONTON JUGA: Isu stoking berkalimah Allah – DAP dan MCA burukkan lagi keadaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil mengikut undang-undang ditetapkan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru ini.
Bercakap kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama pengamal media di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan semua pihak supaya tidak sesekali melakukan penghinaan terhadap agama Islam.
Baru-baru ini, video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka di Petaling Jaya, Selangor sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.
Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil mengikut undang-undang ditetapkan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru ini.
Bercakap kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama pengamal media di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan semua pihak supaya tidak sesekali melakukan penghinaan terhadap agama Islam.
“Pandangan saya jelas, ada laporan keterlanjuran mesti ada tindakan segera, keputusan ikut jalur hukum dan maju terus, kenapa kita harus terperangkap dengan isu ini berpanjangan?
“Ada laporan ambil tindakan, jangan ada penghinaan terhadap agama … apa lagi Islam, jadi jangan kita terus-menerus dengan perbincangan ini seolah-olah ia satu malapetaka besar di dalam negara,” katanya dan menambah sekiranya tindakan segera telah dilaksanakan, semua pihak perlu berlapang dada.
Baru-baru ini, video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka di Petaling Jaya, Selangor sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.
Pihak terbabitr sudah membuat permohonan maaf dan setakat ini, 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Polis juga sudah merakam keterangan lapan individu termasuk pemilik dan pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd berhubung isu itu.
Sumber:
