PENJELASAN PENUH DI SINI…
Raggie Jessy Rithaudeen
DAP menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan gesaan Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh untuk memboikot kedai serbaneka KK Mart yang terpalit dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini.
Ini menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang berkata, pendirian itu telah disampaikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.
Namun, pendirian DAP lebih menumpu kepada isu boikot berbanding kecuaian KK Mart yang menyebabkan Agama Islam dan penganut Agama Islam di Malaysia dihina menerusi penjualan stoking berkalimah Allah.
Malah, daripada mengutuk KK Mart atas kecuaiannya atau menyuarakan pendirian DAP menentang sebarang bentuk penghinaan kepada Agama Islam, Anthony Loke tergamak bertanya sekiranya reaksi Akmal akan serupa jika isu ini melibatkan syarikat milik orang Islam.
Begitu juga MCA – daripada mengutuk KK Mart atau menyuarakan pendirian menentang penghinaan kepada Agama Islam, parti itu mencadangkan isu stoking berkalimah Allah ‘dieksploitasi’ oleh untuk tujuan politik dan dibesar-besarkan secara keterlaluan atau berlebih-lebihan.
Kesemua ini tidak akan meredakan keadaan, malah kenyataan-kenyataan MCA dan DAP hanya akan memarahkan lagi umat Islam di negara ini dan merancakkan boikot terhadap KK Mart.
Ikuti pendirian saya berhubung perkembangan tidak sihat ini menerusi link berikut:
BERSAMBUNG DI SINI (KLIK DI SINI)…
TONTON JUGA: MELAYU-ISLAM ADA KUASA MEMBELI LUARBIASA – BILA MEREKA MARAH, BURUK PADAHNYA
