Isu stoking berkalimah Allah – Pendirian saya

PENJELASAN PENUH DI SINI…

Raggie Jessy Rithaudeen

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan pendedahan itu, pengendali kedai rangkaian serbaneka berkenaan, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), memohon maaf secara terbuka.




“Kepada semua pelanggan KK Super Mart dan umat Islam khususnya. KK Super Mart ingin memohon maaf di atas kesilapan penjualan stoking berjenama ‘Miranosock’ di cawangan di Bandar Sunway pada hari ini.

“Kami kesal dan memandang serius akan insiden ini. Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut,” katanya dalam kenyataan media.

Namun, permohonan maaf beliau tidak diterima oleh majoriti netizen beragama Islam yang kemudian memulakan kempen boikot KK Mart.

Ini disusuli dengan desakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, agar rakyat Malaysia tidak menerima permohonan maaf KK Mart dengan mudah.

Anehnya, parti Akmal berada dalam blok kerajaan, dan presiden parti tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merupakan orang kedua terkuat dalam kerajaan.

Jadi bukankah Akmal patut desak Zahid lakukan sesuatu yang konkrit daripada membuat kenyataan populis seolah-olah Akmal ini duduk dalam blok pembangkang?

Ikuti ulasan saya (link di bawah) berhubung kesemua perkembangan ini, termasuk reaksi saya terhadap kenyataan kedua-dua Ketua Pemuda UMNO dan pengendali KK Mart.

Loading...

BERSAMBUNG DI SINI…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...