
ايسو سورت ڤن: جك ڤي عيم ايكوت كڤوتوسن ڤرتي اداكن ڤرو، منتري ڤن ڤون ڤرلو ايكوت كهندق ڤرتي تق ماهو ڤرو موسيم تڠكوجوه – حمزه زاينوددين
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ada sesuatu yang pelik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan kedua berhubung isu surat yang diserahkan oleh 12 menteri PN kepada Yang di-Pertuan Agong.
Hamzah turut berkata, keputusan menghantar surat itu sama dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengikut keputusan parti untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini.
“Keputusan parti (PN) tidak mahu mengadakan pilihan raya dan Perdana Menteri selalu mengatakan “he is the party man.” Saya menghormati cara dia menjawab dan sebagai orang parti, kita mewakili parti.
“Saya sebagai orang parti pun kena (ikut) kehendak parti. Kalau parti kata tidak sesuai (diadakan PRU) sekarang, saya pun ikut sama (menyatakan) tidak sesuai,” kata Hamzah.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ada sesuatu yang pelik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan kedua berhubung isu surat yang diserahkan oleh 12 menteri PN kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menurut laporan, Hamzah berkata, Ismail Sabri pada awalnya mengatakan adalah suatu perkara normal untuk wakil parti menghantar surat kepada sesiapa pun.
Namun, Perdana Menteri menukar kenyataannya ketika mengumumkan pembubaran parlimen dan menyalahkan pula tindakan 12 menteri PN menghantar surat kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Seperti dikatakan Perdana Menteri berkenaan surat itu sebelum ini, beliau mengatakan perkara itu adalah normal, namun selepas beberapa hari, beliau mengeluarkan kenyataan mengatakan sebaliknya.
“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena di sini. Saya faham kedudukan ini boleh berlaku sebab kita sudah bincang dalam Kabinet bahawa kadang-kadang kita fikir tanggungjawab mewakili parti tertentu, tiada pilihan.
“Sama juga dengan Perdana Menteri, beliau tiada pilihan apabila partinya (UMNO) mengarahkan beliau membuat sesuatu dan perlu akur,” katanya sepertimana yang dipetik Agenda Daily.
Sebelum ini, Bekas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pernah menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri boneka dan patung kepada presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang didakwa lebih berkuasa sebagai ‘pemandu’.
Hamzah turut berkata, keputusan menghantar surat itu sama dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengikut keputusan parti untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini.
“Keputusan parti (PN) tidak mahu mengadakan pilihan raya dan Perdana Menteri selalu mengatakan “he is the party man.” Saya menghormati cara dia menjawab dan sebagai orang parti, kita mewakili parti.
“Saya sebagai orang parti pun kena (ikut) kehendak parti. Kalau parti kata tidak sesuai (diadakan PRU) sekarang, saya pun ikut sama (menyatakan) tidak sesuai,” kata Hamzah.
THE THIRD FORCE
Daripada laporan Agenda Daily dan Astro Awani
