Isu Tabung Haji: Mujahid tak perlu kelentong, kalau jual hotel, cakap saja jual hotel

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو تابوڠ حاج: مجاهد تق ڤرلو كلينتوڠ، كالاو جوال هوتيل، چاكڤ ساج جوال هوتيل

Semalam, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa, memuat naik posting dalam laman Facebook milik beliau di mana beliau mengesahkan hotel-hotel milik Lembaga Tabung Haji telah dijual.




Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd menerusi satu surat yang turut mengesahkan pekerja hotel-hotel berkenaan dihentikan.

Kemudian, tiba-tiba, posting Mujahid ‘ghaib’ awal tengah hari tadi, disusuli dengan satu kenyataan di akaun Twitternya bahawa hotel-hotel berkenaan bukannya dijual, tetapi dipindah milik.

Begitu juga, TH tiba-tiba mengeluarkan kenyataan mengesahkan empat buah hotel miliknya di Kota Kinabalu, Bayan Lepas, Alor Setar dan Kuala Terengganu dipindah milik kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) bukannya dijual, tetapi dipindah milik.

Menurut TH, hotel-hotel berkenaan juga akan dikenali dengan nama baru Raia Hotel dan kekal dengan dengan konsep patuh syariah.

TH juga berkata tiada kakitangan akan diberhentikan, sekaligus bermakna kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Mujahid dan TH Hotel & Residence samada palsu ataupun benar tetapi ditarik balik setelah dikecam TH.

Persoalannya, bukankah hotel-hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd merupakan antara 29 aset Tabung Haji yang didakwa mengalami kerugian dan dipindah milik kepada Syarikat Tujuan Khas milik Kementerian Kewangan dengan nilai asal?

Setahu saya, dan sepertimana yang pernah disahkan oleh Mujahid sendiri, kesemua pemindahan aset ini adalah pertukaran untuk sejumlah RM19.9 bilion, yang terdiri daripada dua peringkat sukuk dan RM300 juta tunai yang perlu dibayar kepada TH.

Loading...

Bukankah ini sama maksudnya dengan “menjual aset TH” dan “bailout” kerajaan sekiranya benar aset-aset ini mengalami kerugian?

Saya tak ingin komen samada langkah ini tepat ataupun tidak. Saya cuma ingin sarankan agar Mujahid berhenti bermain istilah dan mengaku sahaja aset-aset TH sedang dijual, bukan sekadar diambil alih.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...