Isu tol: Jangan buat lawak, ujar Ustaz Idris

Ustaz Idris Ahmad menyifatkan cadangan bebas tol antara 11 malam hingga 5 pagi sebagai bahan lawak. Sumber (gambar): ISMAWeb

“Kalau pun hendak tunai janji manifesto, jangan buat lawak macam ini. Atau hanya sempena PRK Semenyih?” – Ustaz Idris Ahmad.


KUALA LUMPUR: “Siapa yang lalu tol jam 11 malam hingga 5 pagi? Pejabat mana yang kerja tengah malam buta ni,” tanya Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau juga mempersoalkan apakah cadangan bebas tol pada waktu itu boleh mengurangkan beban rakyat.

“Kalau pun hendak tunai janji manifesto, jangan buat lawak macam ini. Atau hanya sempena PRK Semenyih?” ujarnya kepada Harakahdaily.


Justeru, katanya kerajaan PH mesti menyatakan sama ada boleh melaksanakan janji sebagaimana manifesto PRU14 untuk menghapuskan tol atau sebaliknya.

“Kalau boleh katakan boleh, tak boleh katakan tak boleh. Tak apa rakyat dah faham sangat,” ujarnya lagi.

Pejabat Perdana Menteri kelmarin mengumumkan cada¬ngan memansuhkan kutipan tol kepada caj kesesakan pada waktu puncak serta mengenakan diskaun 30 peratus pada waktu biasa dan bebas tol dari pukul 11 malam sehingga 5 pagi di empat lebuh raya di Lembah Klang. 

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...