Isu tuntutan Mahathir: Anwar kalut, cakap pusing-pusing bila disoal pelajar UiTM

“Saya percaya rakyat dah muak dengan cerita-cerita dongeng Anwar dan tertunggu-tunggu ‘bukti misteri’ beliau 17 April ini”

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو تونتوتن محضير: انور كالوت، چاكڤ ڤوسيڠ-ڤوسيڠ بيلا جواب ڤلاجر يو اي تي عيم

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan kalut dan bercakap pusing-pusing apabila menjawab soalan yang diajukan oleh seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung tuntutan undang-undang Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Diminta memberi pandangan, Anwar mula ‘berceloteh’ dan berkata, pentadbiran Mahathir “ada yang baik, tetapi kerosakan yang diberikan itu banyak.”




“(Mahathir berkata) Melayu ini malas, Melayu tak berterima kasih, Melayu mudah lupa, semuanya negatif.

“Bangsa mana yang tidak ada yang malas? Semua bangsa ada. Bangsa mana yang mudah lupa? Semua bangsa ada,” jawab Anwar.

Anwar kemudian menuduh Mahathir memiliki “masalah pemikiran budaya kolonial, captive mind,” dan menambah, “saya tidak hendak gaduh, tapi jawab saya jawab lah, dia minta bukti, saya akan bagi bukti, no problem.”

Nampak tak masalahnya?

1.     Tidak ada sepatah pun dalam ‘celoteh’ Anwar berkait secara langsung dengan tuntutan Mahathir, melainkan kenyataan terakhir bahawa “dia minta bukti, saya bagi bukti, no problem.”

2.     Maka timbul persoalan kenapa Anwar perlu ‘berceloteh’ tentang isu “Melayu malas, Melayu tak berterima kasih, Melayu mudah lupa” dan sebagainya, sedangkan semua ini tidak berkait sedikit pun dengan tuntutan Mahathir.

3.     Sebaliknya, Mahathir meminta Anwar membuktikan dakwaan berikut:

Loading...

“Ada orang sekarang, setelah 22 tahun, campur 22 bulan jadi berkuasa, sekarang mengeluh.”

“Melayu hilang segala-galanya? Hilang harta, hilang saham. Bagaimana saja hilang kalau kamu bolot untuk keluarga dan anak-anak kamu?

“Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat. Jangan perbodohkan rakyat. Rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka.”

4.     Semua dakwaan ini keluar daripada mulut Anwar sendiri dan terang-terang merujuk kepada Mahathir dan anak-anak Mahathir.

5.     Pelik bila Anwar bangkitkan isu “Melayu malas, Melayu tak berterima kasih, Melayu mudah lupa,” sedangkan baru-baru ini, Anwar sendiri membuat teguran yang amat tidak kena pada tempatnya dan manyinggung perasaan orang Melayu, termasuk golongan akademia.

6.     Teguran ini dikritik kiri kanan oleh pelbagai pihak, malah saya telah menyentuhnya secara terperinci dalam penulisan bertarikh 5 April 2023 yang boleh anda rujuk DI SINI (KLIK DI SINI)

TONTON JUGA: APA MASALAH ANWAR DENGAN ORANG MELAYU-ISLAM SAMPAI FITNAH BANGSA SENDIRI?

7.     Daripada bercakap banyak, lebih elok jika Anwar tunjukkan dulu bukti yang dituntut oleh Mahathir.

8.     Saya percaya rakyat dah muak dengan cerita-cerita dongeng Anwar dan tertunggu-tunggu ‘bukti misteri’ beliau 17 April ini.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...