Isu undi percaya: Peguam Negara perlu berhati-hati buat kenyataan

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

ايسو اوندي ڤرچاي: ڤڬوام نڬارا ڤرلو برهاتي-هاتي بوات كڽاتأن

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Ramai di kalangan Rakyat Malasyia cuma mahu lihat tadbir urus negara tertumpu dengan ikhlas ke arah penyelesaiaan kesemua masalah sosio-ekonomi akibat dari pandemik COVID-19 yang masih berlarutan. 




2. Harapan Rakyat secara suci adalah sekiranya Kerajaan DS ISMAIL SABRI YAAKOB dapat menzahirkan kesungguhan ikhlas untuk cuba menghadapi masalah terbabit, maka Rakyat tidak lagi berminat dengan pergolakan politik yang tidak tentu arah dalam baki tempoh kutrang lebih 20 bulan lagi dalam Parlimen Ke-14 ini.

3. Namun, walau apa sekalipun, fahaman dan hubung-kait betul berhubung peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kedaulatan undang-undang, masih wajib difahami dan dituruti oleh kesemua pihak yang terlibat dalam sistem tadbiir urus negara ini yang berpaksikan konsep Demokrasi Berparlimen dan prinsip Raja Berperlembagaan, demi kebaikan Rakyat dan kesejahteraan negara.

4. Hatta, kenyataan rasmi mana-mana Peguam Negara yang dipertanggungjawabkan dengan amanah untuk menentukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang dijunjungi dan dipatuhi, semestinya perlu berhati-hati dalam menentukan kenyataannya itu selari dengan tanggungjawab dan amanah itu !

5. Namun, ianya amat dikhuatiri bahawa Kenyataan Rasmi Peguam Negara TS IDRUS HARUN yang dipetik dan dilaporkan MALAYSIAKINI 03.09.2021 bertajuk “Undi percaya PM boleh ‘jejas kuasa Agong’ – Peguam negara” adalah TIDAK TEPAT dan KHILAF sepertimana antara lain ianya dipetik, berbunyi:

“Memandangkan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka tidak perlu undi percaya di Dewan Rakyat, kata Peguam Negara Idrus Harun.

Dia berhujah undi percaya perdana menteri boleh menjejaskan kuasa Agong.

“Sekiranya pelantikan Perdana Menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.

Loading...

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang,” kata Idrus pada satu kenyataan hari ini.”

5. Kenyataan Rasmi Peguam Negara TS IDRUS HARUN berkenaan adalah TIDAK TEPAT dan KHILAF atas alasan-alasan seperti berikut:

a. Peruntukan Perkara 43(2) dan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah dua peruntukan yang saling kait-mengait, sokong-menyokong dan tidak mengatasi satu dengan yang lain sampai ke tahap kononnya jika KeBawah Duli YDP AGONG telah melaksanakan tanggungjawab pelantikan seorang Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2) maka secara automatik mana-mana Usul Undi Percaya mahupun Usul Undi Tidak Percaya dianggap secara khilaf sebagai mencabar atau menggugat pelantikan KeBawah Duli YDP AGONG itu !,

b. Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan sendiri mengatakan :

“(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu

melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan

Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada

hematnya MUNGKIN mendapat kepercayaan majoriti ahli

Dewan Rakyat itu,”

yang dalam bahasa mudahnya bermaksud bahawa segala proses yang diambil oleh KeBawah Duli YDP AGONG dalam melantik calon Perdana Menteri cuma adalah di tahap “MUNGKIN” mempunyai sokongan majoriti dan bukannya di tahap “PASTI” mempunyai sokongan majoriti !

c. Peruntukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan pula berbunyi : “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas

permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”, 

yang bermakna dalam bahasa mudahnya bahawa selepas seseorang Perdana Menteri dilantik oleh KeBawah Duli YDP AGONG, maka Perdana Menteri itu masih wajib memperolehi sokongan majoriti yang BERTERUSAN pada SETIAP MASA di Dewan Rakyat, dan jika itu terbukti tiada, maka Perdana Menteri itu diwajibkan meletak jawatan !

d. Hatta, ianya adalah jelas bahawa Kenyataan Peguam Negara TS IDRUS HARUN itu, tidak menampilkan fahaman sebenar dalam hubungan kait-mengait dan sokong-menyokong kedua-dua peruntukan Perkara 43(2) dan 43(4) itu, sehingga disalah tafsir oleh TS IDRUS HARUN seolah-olah Usul Undi Percaya mahupun Usul Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat di bawah Perkara 43(4) kononnya MENGGUGAT kuasa KeBawah Duli YDP AGONG di bawah Peerkara 43(2) !

e. Apatah lagi, apabila dalam keadaan lantikan mana-mana Perdana Menteri dalam pertengahan penggal Parlimen akibat daripada kekosongan kerusi Perdana Menteri yang dilantik selepas Pilihanraya sememangnya terikat juga dengan ADAT PARLIMEN ataupun KONVENSYEN yang memerlukan tindakan moral Perdana Menteri terbabit untuk menampilkan pula Usul Undi Percaya bagi kelulusan Dewan Rakyat seperti yang dilakukan oleh TUN HUSSEIN ONN dan TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, yang kedua-duanya dilantik semasa pertengahan penggal Parlimen pada ketika itu !

f. Dalam pada itu, semasa proses pelantikan sedang diadakan oleh KeBawah Duli YDP AGONG semasa pelantikan Perdana Menteri Ke-9 kali ini, Baginda Tuanku secara peribadi telah juga TITAHKAN bahawa ” … Perdana Menteri yang telah diantik … hendaklah secepat mengkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”, 

yang bermakna bahawa KeBawah Duli YDP AGONG pun faham dan junjung tinggi perkaitan dan hubungan peruntukan Perkara 43(2) dengan 43(4) Perlembagaan Persekutuan dalam keadaan pelantikan Perdana Menteri semasa pertengahan penggal Parlimen, dan Baginda Tuanku sendiri tidak menganggap peruntukan Perkara 43(4) sebagai menggugat kuasa Baginda Tuanku di bawah Perkara 43(2), maka bagaimanakah Peguam Negara TS IDRUS HARUN boleh membuat Kenyataan Rasmi yang sebegitu NAIF dan KURANG MATANG ?!, dan 

(Link Laporan : https://www.facebook.com/…/18-ogos…/401966968020506/)

g. Bukankah dalam hal keadaan sekarang, majoriti Rakyat Malaysia dan pihak Istana Negara pun fahami bahawa alasan utama yang mengakibatkan jatuhnya kerajaan Perdana Menteri Ke-8, TS MUHYIDDIN YASSIN dan memerlukan proses pelantikan Perdana Menteri Ke-9, DS ISMAIL SABRI YAAKOB adalah di atas kegagalan TS MUHYIDDIN YASSIN meyakinkan kesemua pihak bahawa Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri beliau yang besar berjumlah 70 orang serta tiga lagi Duta bertaraf Menteri dan seorang Penasihat bertaraf Menteri telah GAGAL meyakinkan Rakyat bahawa Perdana Menteri Ke-8 itu sememangnya berusaha IKHLAS dan JUJUR untuk menangani masalah utama sosio ekonomi akibat pandemik kesihatan, maka dengan DS ISMAIL SABRI masih lagi memilih untuk adakan Jemaah Menteri dan Timbalkan Menteri serta Duta bertaraf Menteri sebanyak 73 orang juga berserta pelantikan TS MUHYIDDIN YASSIN sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri, untuk menggalas kerja yang dipercayai beliau telah gagal, maka nescaya bukankah ianya mewajarkan panampilan Usul Undi Percaya ataupun Usul Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat ??!!

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/senarai-penuh-jemaah-menteri & https://www.malaysiakini.com/news/589813 & https://www.malaysiakini.com/news/589952)

6. Justeru, ianya adalah amat terpenting untuk TS IDRUS HARUS berhati-hati dalam mengeluarkan mana-mana Kenyataan Rasmi sebagai Peguam Negatra sedangkan beliau diperlukan di bawah peruntukan Perkara 145(2) Perlermbagaan Persekutuan untuk bukan sahaja menjadi Penasihat Rasmi Kerajaan. malah menurut peruntukan yang sama adalah Penasihat Utama KeBawah Duli YDP AGONG yang telah keluarkan TITAH 18.08.2021 itu !!

7. Begitu juga, mana-mana Peguam Negara hendaklah pada setiap masa menentukan kedudukannya adalah “NEUTRAL” dan TIDAK MENGAMBIL PIHAK mana-mana institusi yang beliau diwajibkan untuk memberi nasihat secara ADIL dan SAKSAMA, supaya Rakyat Malaysia tidak boleh dikelirukan dengan kenyataan yang NAIF dan TIDAK TEPAT dalam fahaman dan pemakaian mana-mana peruntukan Perlembagaan yang sebegitu jelas !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB BACA:

Peguam Negara gagal dedahkan bahawa pelantikan Ismail Sabri bersyarat, boleh ditarik balik jika tiada usul percaya



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...