Jabatan Imigresen: Dakwaan kemasukan 3 juta warga China menerusi KLIA berita palsu

Menurut Jabatan Imigresen, semasa terjadinya gangguan sistem teknikal berkenaan, proses pemeriksaan kemasukan warga asing oleh jabatan itu dilakukan secara manual dan semua pelawat asing perlu mematuhi semua syarat serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan pelawat asing. Sumber (gambar): Fail TTF

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, menafikan dakwaan yang viral di media sosial mengenai kemasukan tiga juta warga China dan warga asing lain ke dalam negara semasa gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan sesuatu berita sebelum membuat perkongsian dan membuat ia viral,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan masalah teknikal yang berlaku sejak 21 Ogos lalu disebabkan oleh kegagalan rangkaian.


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menafikan dakwaan yang viral di media sosial mengenai kemasukan tiga juta warga China dan warga asing lain ke dalam negara semasa gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata semasa terjadinya gangguan sistem teknikal berkenaan, proses pemeriksaan kemasukan warga asing oleh jabatan itu dilakukan secara manual dan semua pelawat asing perlu mematuhi semua syarat serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan pelawat asing.




Katanya, semua langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk melakukan pemantauan berterusan oleh pasukan pemantau, penguat kuasa di balai ketibaan dan pelepasan antarabangsa serta kawasan satelit.

“Sistem sudah mula beroperasi secara berperingkat mulai semalam (25 Ogos) dan semua proses pemeriksaan masuk pelawat asing berjalan seperti biasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan sesuatu berita sebelum membuat perkongsian dan membuat ia viral,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan masalah teknikal yang berlaku sejak 21 Ogos lalu disebabkan oleh kegagalan rangkaian.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...