Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sahkan Azmin tidak mohon tubuh parti baharu

Mohamed Azmin yang merupakan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menubuhkan parti politik baharu. Sumber (gambar): Fail TTF

جابتن ڤندفترن ڤرتوبوهن سهكن عزمين تيدق موهون توبوه ڤرتي بهارو

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan bahawa pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan menubuhkan parti politik baharu dari Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

JPPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah melakukan semakan rekod mengenai permohonan pendaftaran pertubuhan dan berdasarkan semakan, tiada permohonan dibuat ahli politik itu.




Jabatan itu berkata kenyataan itu dibuat kerana pihaknya telah menerima beberapa pertanyaan daripada pihak media bagi mendapatkan pengesahan, sekiranya ada permohonan bagi menubuhkan parti politik baharu dari Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mohamed Azmin yang merupakan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menubuhkan parti politik baharu.

Beliau mengumumkan keluar dari PKR pada bulan Februari lepas, dan kini merupakan Ahli Parlimen Bebas.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...