Jamal Yunos berhasrat bida kapal mewah Equanimity

Hazierra Lukman

Kapal layar mewah Equanimity yang bakal dijual oleh kerajaan Malaysia bakal dibida Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos.

Equanimity dikaitkan dengan 1 Development Malaysia Berhad (1MDB) kini berada di pelabuhan Klang mendapat perhatian umum.

Jamal yang ditemui ekslusif oleh wartawan Watan-Online memberitahu beliau berhasrat turut serta membida bagi memiliki kapal tersebut.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media khas dalam waktu terdekat ini bagi menjelaskan lebih lanjut hasratnya itu.

“Saya akan mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan penawaran diri saya untuk membida jualan kapal mewah itu”, katanya, Ahad.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kekemasan kapal itu perlu dijaga kerana ia akan djual semula kepada bakal pembeli bagi mendapatkan semula duit yang didakwa dicuri dari negara ini.

“Kita tidak mahu beri persepsi negatif kepada pembeli. Kita tidak mahu kapal ini mengalami susut nilai yang banyak,” katanya.

Terdahulu, Malaysia mengeluarkan waran untuk merampas secara rasmi kapal layar mewah berharga AS$250 juta (RM1.02 bilion) itu di tengah insiden tarik tali antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Kerajaan Indonesia merampasnya pada Februari lalu sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap isu 1MDB.

Sumber: Watan Online

Comments

Comments



Loading...